"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Wednesday, April 27, 2016

INDUSTRI KOMIK MY2016... APA CER!

Saya pernah ditanya beberapa kali tentang 'semangat' Industri Komik Malaysia ni. Masih bersemangat ke atau dah lama muram? Jawapan saya walaupun aktiviti-aktiviti di dalam industri kita ni tak dilaporkan secara kerap oleh media massa kecuali untuk segmen khas atau sekadar selit-menyelit, tak bermakna ia tak bersemangat. Para penggiat terutamanya karyawan komik masih gigih memeriahkan industri walau payahnya hanya Allah sahaja yang tahu. Trimas kepada teknologi siber sekarang ni, yang dulu jauh korang nak nampak, anytime boleh cari di internet, lagi-lagi kat Facebook. Industri Komik Malaysia di tahun 2016 masih terus melihat kebangkitan-kebangkitan para penggiat yang lama serta baru, dan bagi yang bertanya bagaimana perkembangannya? Mari kita selusuri berpandukan apa yang sampai di pengetahuan saya kat newsfeed laman Facebook Fakhrul Anour. Lagi-lagi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur/PBAKL 2016 bakal berlangsung di MAEPS pada 29 April - 9 Mei 2016 nanti dan kelak disusuli oleh Comic Art Festival KL 3 pada 28 Mei - 29 Mei 2016 kat Quil City Mall. Jadi saya ceritalah apa yang tahu kat korang tentang komik (yakni bahan bacaan bervisual yang menerapkan konsep panel dan bubble jer!), kot-kot nanti leh borong di karnival tersebut... ^_^

KOMIK KITA
Pada Ogos 2015 yang lalu kita dikejutkan dengan penutupan MOY Publication yang sebelum ni feymes dengan majalah komik kartun 'UJANG' & 'APO?'. Jadi ke mana pergi kartunis-kartunisnya? Di antara mereka kini bernaung dengan penerbitan komik baru, Humaira Production di bawah label 'KOMIK KITA'.



Penerbitan ni membawa pendekatan humor yang lebih Islamik, dan dimaklumkan tidak kurang daripada 10 judul novel grafik baru diterbitkan sebagai permulaan.

Antara nama-nama kartunis disebut di bawah produksi ni ialah Lengkuas, Ayoi, Manza, Kiwi, Bawang, Ard-One, Lalang, Piston, X-Lid & Pjoe. 

Malah selain menerbitkan produk-produk komik kartunis tempatan, Humaira Production juga mengimport komik dari negara jiran, Indonesia. Nak tau lebih lanjut, korang leh ke laman FB-nya!

Penerbitan ni (MAPLE disebut mapley iaitu difahamkan bermaksud 'tempat makan') di tubuhkan oleh 2 orang penulis kreatif iaitu Fairul Nizam & Amir Hafizi. Saya kenal Fairul Nizam sebab dia ni bekas sub-editor saya dulu di Gempak Starz sebagai Roy dan pernah menulis skrip untuk anime Jepun serta drama TV tempatan. Manakala saya kenal Amir Hafizi sebagai penulis/jurnalis/penyunting berpengalaman 360 yang cukup mesra dengan dunia Animations, Comics and Games/ACG.

Maple Comics berusaha rapat dengan penerbitan FIXI, iaitu penerbit novel-novel ber-genre lebih trendy urban masa kini.

Penerbitan ni berniat memasarkan kelainan genre dalam penerbitan komik untuk mempelbagaikan lagi isi kreatif buat pasaran industri. Jadi setakat ni berpandukan novel-novel grafik yang dah diterbitkan, korang leh feel bahawa karya-karya novel grafik diorang ni akan lebih berjiwa senior yang sesuai juga untuk difahamkan untuk golongan junior.

Antara artis-artis komik yang sudah tersebut dalam penerbitan karya diorang oleh Maple Comics ialah Azhar Abdullah, AidiFitri Ahmad, Mimi Mashud, JonSuraya, Azwanjjai, Arif Rafhan dan Chee. Akan datang difahamkan akan ada ramai lagi artis-artis komik baru dan lama bakal menyusul bekerjasama dengan penerbitan ni.

KOMIK-M
Selayaknya dikatakan inilah jenama penerbitan komik kedua teraktif dan terbanyak IP-nya di Malaysia selepas Gempak Starz, tetapi dalam gap ratio yang saya andaikan masih luas iaitu kira-kira 20:1 (perbandingan untuk karya-karya tempatan sahaja, tak termasuk komik import). Malah saya gak berani sebut, ia juga merupakan penerbitan komik pertama di Malaysia yang secara terbuka mengamalkan kontrak bebas dalam pemakaian hakcipta (diikuti oleh Maple Comics) bergantung kepada persetujuan dua pihak yang berunding; antara penerbit dan karyawan (penulis/pelukis).

Bernaung di bawah penerbitan buku PTS, gedung komik ni sudah memasarkan banyak siri novel grafik karya-karya tempatan untuk industri komik kita selepas Gempak Starz. 

Saya melihat Komik-M ni sebagai kesinambungan kepada Gempak Starz tetapi dalam cara yang tersendiri. Ia bukan perkara yang negatif sebaliknya sangat positif kerana rata-rata artis-artis Komik-M juga difahamkan ramai yang terinspirasi dari karya-karya komik Gempak Starz. Namun lama-kelamaan kecenderungan tersebut sedikit demi sedikit telah membentuk kepada identiti tersendiri yang lebih cenderung ke arah adat Melayu dan resam Islam.

Satu lagi keunikan yang diketengahkan oleh Komik-M ialah gabungan kerjasama penulis dan pelukis dalam menghasilkan sesebuah karya komik untuk diterbitkan sebagai novel grafik yang kini turut menjadi resam penerbitan di Gempak Starz.  


Antara barisan artis-artis Komik-M yang Ayour tahu di awal kemunculan penerbitan ni ialah seperti adik-beradik Afiq dan Nazry, Ash Kun, Bophairy, Froggypapa dan Aman Wan.

Suka untuk dikongsikan juga ialah penyertaan artis komik Gempak Starz yang turut menyumbangkan karya di Komik-M iaitu Ben Wong. Ia merupakan satu lagi detik bersejarah dalam industri komik negara apabila Ben membuka tirai kepada sifat terbuka industri dalam berkongsi bakat komik untuk berbeza syarikat penerbitan. Sehingga kini Ben sudah menyumbangkan lebih dari 5 judul novel grafik bersama Komik-M terutamanya untuk siri 'Super Safee'.

GEMPAK STARZ
Setelah lebih 20 tahun di dalam Industri Komik Malaysia, ini merupakan jenama komik terunggul kerana kesungguhan pengusahanya yang tidak mengalah dalam apa jua cabaran ekonomi, dan sentiasa mengemaskini sistem pemasaran untuk industri komik negara terus bertahan. Terkini penerbitnya, Art Square Group telah bergabung dengan penerbitan di peringkat antarabangsa yakni Kadokawa Holding menjadi Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd. demi memantapkan lagi usaha perniagaan kreatif khusus kepada industri komik dan yang berkaitan dengannya. Dengan penggabungan ni, kita bakal menyaksikan sedikit demi sedikit pembaharuan dari segi imej produk dan penambahan IP tempatan termasuklah yang diimport dari luar negara. 

Sekarang ni Gempak Starz sedang hangat dengan siri-siri fiksyen junior diorang seperti X-Venture yang membawa korang ke dunia fiksyen mistikal; sains dan arkeologi dan terbaru Siri Kaleidoskop yang mengadaptasi ke komik karya popular selain komik. Untuk siri X-Venture, korang boleh hayati kerja-kerja artis-artis komik senior seperti Kaoru, Tadatada, Oga dan Slaium bertindak sebagai penulis untuk karya di lukis oleh artis-artis komik yang lain di peringkat junior mahupun senior di Gempak Starz. Manakala Siri Kaleidoskop melihat kerjasama antara Gempak Starz dan Astro mengadaptasi karya-karya Skrin Layar ke Komik.

Gempak Starz juga menyemarakkan industri komik tempatan dengan mengeluarkan judul yang sama dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin. Amat sesuai untuk meluaskan pasaran buat masyarakat majmuk di negara kita ini yang terdiri dari berbilang kaum dengan pelbagai kefahaman bahasa.

 
Selain tu Gempak Starz masih meneruskan kompilasi komik-komik popular di majalah Gempak sebagai novel grafik untuk korang peminat komik memilikinya.

Malah sejak awal kemunculan penerbitan ini dengan majalah Gempak, sehinggalah tertubuhnya jenama komik terkenal, Gempak Starz, ia merupakan pengusaha yang tidak kedekut menganjurkan sesi meraikan peminat (iaitu pengguna/pelabur pasaran/stakeholder) dengan menganjurkan pelbagai sesi artis komik bertemu peminat terutamanya sesi autograf, sesi pelancaran, karnival komik dan sesi jelajah. Jadi pada KLIBF2016 ni nanti, selain ada sesi autograf dan jualan eksklusif produk Gempak Starz, dimaklumkan pelancaran episod terbaru siri novel grafik terlaris Gempak Starz iaitu 'Lawak Kampus'.  

IMBUHAN BERITA KOMIK!


10 orang kartunis legend tanahair iaitu Aie, Sukun, Sireh, Gayour, Bijan, Lengkuas, Ubi, Bawang, Tembakau dan Nik bergabung bakat komik untuk 'JENAMA X'. Dimaklumkan ni adalah 'REUNION PERTAMA' diorang setelah sekian lama berpisah. Yes... siapa tak kenal diorang ni semua! Jadi kepada korang yang dah lama menantikan karya-karya baru diorang, ni habuannya.  Serious guys, semua ni otai-otai sebelum saya lagi! Jadi terharu dengan usaha mereka untuk hasilkan karya-karya terbaru buat kelangsungan industri. Support 100%!
Seterusnya saya suka nak menyebut tentang usaha one-man show anak muda sorang ni di bawah label Topek Comics. Masih dikategorikan sebagai artis komik amatur, tetapi usahanya melambangkan kegigihan seorang usahawan komik yang tak mustahil menjanjikan masa depan profesional yang baik jika terus menempuh cabaran sampai stabil. Dia sudah punya IP-nya sendiri berjudul 'Aku Engineer' yang diwarna, disunting, dicetak, dijual dan dipasarkan sendiri novel grafiknya ni di laman Facebook Topek Comics.
 
Memang sejak awal kemunculannya di Facebook kat laman Projek Iqra lagi saya dah berkenan dengan komik ni. Dihasilkan oleh AhmedFani (Fanikatun.com), ia mengajak pembaca bermuhasabah diri dengan cara pemikiran Islam berkaitan hal-hal seharian bersama Abu Nuwas dan keldainya. Lawaknya tidak membuatkan kita ketawa terbahak-bahak, malah tidak juga membuatkan kita bermasa muka, sesuai dalam membentuk keperibadian Islam sambil membaca komik. Ia produk terulung Projek Iqra, iaitu persatuan kebajikan Islam dalam membantu memantapkan tahap pendidikan dan kebajikan kanak-kanak dan remaja di rumah kebajikan (anak yatim, miskin dan asnaf) serta keluarga yang kurang berkemampuan. Kepada korang yang ingin mendapatkan komik ni atau mengetahui lebih lanjut tentang  Projek Iqra leh terus ke lawan web-nya.

 
 
Sebuah lagi usaha mengembalikan kegemilangan karya-karya komik senior yang menerapkan persembahan tulisan dan lukisan yang lebih matang seperti yang kita pernah saksikan di zaman komik Salina dan sebelumnya.  Ia dibawakan oleh PeKomik dengan kerjasama Nyla Studio mengkompilasikan karya artis-artis komik urban dengan pendekatan jalan cerita yang lebih luas isu sosialnya. Kepada korang yang ingin mengenali lebih ramai lagi artis komik tempatan berbakat selain yang korang pernah dengar di Komik-M dan Gempak Starz, juga kartunis-kartunis yang pernah bersama Moy Publications serta Creative Enterprise, dapatkan 'Dimensi' di KLIBF 2016. 

Imran Marsad (pelukis) dan Burhanuddin bin Sarji (penulis) menggerakkan seni komik diorang dengan Ba-c Mente Studio dengan karya sulung 'Badang: Ceritera Tidak Terhikayat'. Dipasarkan secara sendiri melalui online dan karnival-karnival seni, Ayour cukup berbangga dengan usaha cekal mereka memartabatkan tradisi dan kebudayaan Melayu Nusantara. Korang leh rujuk lebih lanjut di laman FB Ba-c Mente Studio.
Sebuah lagi karya komik buat korang peminat-peminat komik tradisi Melayu Lama oleh KomikAjif yang ditubuhkan sejak tahun 2010. Satu lagi usaha artis-artis komik tempatan dalam memartabatkan kebudayaan Melayu tradisi dan mengembalikan kegemilangan sejarah Melayu Nusantara sejak turun-temurun.

Orait... ada banyak lagi kalau nak cerita tentang Industri Komik Malaysia ni, seperti bagaimana pasaran MAJALAH komik dah mula hilang seri dengan ketiadaan majalah Ujang dan Apo?, manakala majalah Gila-Gila masih terus tabah meraih pasaran dan majalah Gempak kini hanya diterbitkan sebulan sekali. Dan kenapa ini adalah masa terbaik untuk majalah komik yang baru diterbitkan. Tapi untuk update ni saya sampaikan yang ada kuarkan produk komik untuk dibaca jer. Kalau nak diikutkan ada banyak lagi berita serta diskusi tentang industri serta laman-laman para penggiat industri yang nak disebut; jika tak individu, tentunya tentang komuniti dan kumpulan kreatif komik. Antara diorang cam Gilamon Studio, Supreme Comichat, Comicore, Pekan Kartun Ipoh dan MatKomik. Mana yang tak tersebut tu mohon maaf, nanti sebut-sebutkanlah. Insha-Allah, ada masa nanti saya akan blog-kan lagi untuk disampaikan kepada yang belum tahu, kot bertambah murah rezeki industri kita kelak dan boleh dimanfaatkan untuk pembangunan yang lebih baik dan terancang. Aamiin... ^_^

 #Berusaha!

HARAP MAKLUM: penulisan ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak pun kecuali atas usaha dan kefahaman penulis sendiri dalam mengumpul bahan serta menyuarakan pendapat. Visual yang dipaparkan di dalam penulisan ini adalah hakmilik penuh pengkarya/penerbit yang disebut mengikut turutan masing-masing, dan ia tidak diambil dari mana-mana laman peribadi kecuali laman terbuka untuk tatapan umum.

Monday, April 18, 2016

BENGKEL 'BIKIN KOMIK' EKSKLUSIF YANG PERTAMA!

Jika sebelum ni saya hanya menerima jemputan daripada pihak sekolah/institusi/universiti untuk menyampaikan ilmu tentang Industri Komik Malaysia (terutama dalam bab melukis atau menulis komik), kali ini dengan kerjasama SSTC Vision Sdn. Bhd., kami merencanakan bengkel eksklusif yang bakal berlangsung sepanjang bulan Mei 2016. Bengkel yang saya jadualkan berlangsung setiap Ahad bermula 8hb. Mei 2016 ni hanya untuk 4 sesi dengan setiap sesi terhad kepada 10 orang peserta sahaja. Penekanan utama saya dalam bengkel ni nanti ialah tentang 'PENDIDIKAN STAIL & KATEGORI SENI KOMIK' yang akan menjadi tunjang kepada pentingnya menjaga IP (Intellectual Property/Harta Intelek) dalam menghasilkan seni kreatif masing-masing untuk penghasilan komik.


Jangan salah-sangka, bengkel ni nanti bukanlah tentang 'memaksa' sesiapa dalam pembentukan stail tersendiri apatah lagi imej tertentu demi tujuan komersil atau populariti artis atau produk, sebaliknya lebih kepada mengkhususkan isian (content) sesuai dengan penyampaian mengikut genre-nya. Juga bagaimana kita dapat membina isian-isian yang turut dapat membantu industri lain dekat di hati pembaca seperti kejurutueraan, binaan, sains, teknologi dsb. Juga secara asas menyentuh tentang hubungan antara artis dan penerbit kepada pengedar serta apa hubungkaitnya laman sosial dengan acara-acara yang melangsungkan lagi perniagaan komik.


Untuk bengkel ni, saya akan gunakan apa ilmu dan pengetahuan yang telah saya dapat selama 10 tahun menerajui majalah komik GEMPAK; mengkaji, menulis dan menyampaikan tentang industri Animasi/Animations, Komik/Comics dan Mainan/Games (ACG) di serata dunia kepada pembaca tempatan. Memahami dan cuba mencari jalan agar kita dapat membina Industri Komik Malaysia ke arah yang lebih luas perspektifnya, terutama dari sudut perniagaan agar lebih ramai dapat menikmati insentif dalam pembentukan sebuah organisasi kepada industri. Juga dengan pengalaman sebagai artis komik, saya akan ulaskan erti 'mudah' kepada sesuatu  yang 'sukar' dalam membina karya berbentuk komik tidak kira dalam konsep kartun atau tidak kartun atau fusion untuk kedua-duanya sekali. 


Harapan saya kepada peserta dan kepada diri saya sendiri juga, semoga bengkel ni kelak dapat memberi manfaat untuk kita sama-sama lebih maju samada sebagai artis komik, kartunis/pelukis/penulis (tidak kira untuk komik, animasi atau mainan) malah juga sebagai usahawan kecil mahupun besar dalam industri komik. Mungkin peranan saya taklah seberapa pun dalam bengkel ni, tapi mana tahu insha-Allah ada di antara para peserta yang terlibat bakal merealisasikan impian saya untuk terus melihat Industri Komik kita maju seiring Industri Animasi dan Industri Mainan untuk membina lebih banyak isi kreatif agar dapat dimanfaatkan bersama dalam pembangunan ekonomi negara. Dan saya akan memastikan selepas usainya bengkel ni nanti, hubungan saya dan para peserta akan diteruskan lebih akrab demi merealisasikan impian tersebut.

Jumpa di bengkel nanti ^_^

Sunday, February 21, 2016

LANGKAH MUDAH MEWARNA DIGITAL

Selain sibuk dengan tugasan menyiapkan siri komik 3 episod 'C.U.B.E: 46', saya jugak selitkan waktu kerja saya dengan tugasan melukis ilustrasi dan logo. Maklumlah, saya masih belum membuat sebarang jualan produk jadi menerima tugasan melukis seperti ini sedikit sebanyak dapat menjana pendapatan bulanan untuk saya yang bekerja sendiri ni. Walaupun tidak banyak (purata pendapatan tahun lepas, 2015 tidak langsung mencapai RM2000 iaitu ±RM1600 setiap bulan), namun alhamdulillah boleh la buat kelangsungan hidup yang sederhana ni. Jadi insha-Allah tahun ini saya berazam untuk selain menjual perkhidmatan melukis secara kecil-kecilan, saya akan berusaha untuk menghasilkan produk komik sendiri secara besar-besaran untuk jualan di pasaran bagi menambah pendapatan bulanan. Tapi untuk yang percuma, meh saya kongsi sedikit ilmu bagaimana saya menghasilkan salah satu daripada 20 lukisan untuk projek bahan mengajar Global English Consultancy... 

LANGKAH 01: Dah siap lukis lakaran pensil yang kemas, imbas lukisan (saya menggunakan CanoScan LIDE 100) pada saiz DPI paling maksimum (1200dpi) atau sehampir maksimum (yang ni 800dpi) dengan format warna {Grayscale}.


LANGKAH 02: Seterusnya dengan menggunakan ACDsee, edit Contrast/Color dengan menggunakan (Auto Contrast and Color) pada paras paling maksimum (100).

LANGKAH 03: Pastu buka fail di LANGKAH 02 di perisian Photoshop untuk edit lukisan agar nampak wujud spot cahaya kat bahagian-bahagian yang sepatutnya. Untuk proses ni, hanya gunakan fungsi {Dodge Tool} pada skala {Highlights} dengan unit {Exposure} antara 30% - 40% menggunakan {Pixels Mechanical} brush dengan saiz pixel tips ikut sudut lukisan yang ingin di highlights. Proses ni gak sebenarnya nak buang habuk-habuk pensil yang membuatkan keseluruhan lukisan tampak tepu dan pudar gelap.  

LANGKAH 04: Dah siap proses highlights pada layer asas (lakaran pensil), sekarang buka layer baru dengan warna asas (ikut citarasa) yang terang dan set {Multiply} pada layer ni. Di sini saya menggunakan warna coklat berkrim, dan seperti LANGKAH 03, saya ulangi proses highlights yang sama tetapi tidak terlalu agresif radius tompokan cahayanya. 

LANGKAH 05: Dah siap semua proses highlights, saya pun mulalah bermain dengan fungsi {Lasso} untuk timbulkan warna pada layer asas berwarna coklat berkrim tadi. Saya akan sempadankan dengan fungsi {Lasso} tersebut untuk setiap elemen di dalam lukisan seperti warna kulit, pakaian, latar belakang dan perhiasan. Pastu proses timbulkan kepelbagaian warna ni saya gunakan fungsi {Hue/Saturation} (Ctrl U) untuk setiap elemen yang sudah di {Lasso}. Jadi pandai-pandailah leverage-kan {Hue}, {Saturation}, dan {Lightness} untuk dapatkan warna yang sesuai bagi setiap elemen yang berkenaan. Langkah ni agak cerewet dan paling mengambil masa, jadi banyak-banyakkanlah bersabar ya. 

LANGKAH 06: Apabila semua warna sudah ditimbulkan mengikut kesesuaian elemen, kemaskini semua warna pada pencahayaan {Highlights}, pembayang {Shadows} atau {Midtones} pada fungsi {Dodge Tool} dengan {Exposure} pada skala unit 30% - 40%. Pastu hadamkan warna pada sudut-sudut gelap dengan menggunakan fungsi {Burn Tool} mengikut kesesuaian pembayang dan pencahayaan pada unit yang sama. Dah settle tu semua, saya tambah layer-layer lukisan yang lain (yang turut di set {Multiply}) sebagai mengisi mana-mana ruang yang nampak kosong. Layer tambahan tu saya akan selaraskan ketepuannya dengan menggunakan fungsi {Opacity} atau {Fill} sebelum diseimbangkan warna dengan fungsi {Hue/Saturation}. Dah siap, maka inilah hasilnya. ^_^

Monday, January 18, 2016

PRESENCE OF LOVE

The first time we met was in the library
But none of us dare to let it contrary...
As the presence of love lost in prairie!

Among the crowd we saw each others eyes
Through the quietness we heard our hearts
Beating and hoping for the love to start

Again and a few times again at the library
But none of us dare to utter primary...
As the presence of love skips itinerary!

We purposely there at the level we first met
You and me at a distance we hope silently sat
Steal a glance once and twice for words we bet

Sometimes at the bus stop we met after classes
But none of us dare to let the feel passes...
As the presence of love let go the chances!

Pretend never to notice each others existence
But a glance we steal hoping for a persistence
Once or twice wishing for a promise consistence

There was a time at a canteen we saw our eyes
You and your friends spoke and laugh as I shy...
Promise to give up on you and never will try!

I ate alone while you and friends enjoying meal
Every bite I don't bother as glances you steal
For never a broken heart you've made I feel
As the presence of love is done to kneel!

Today at Chow Kit Road I saw you passed me by
Pretend not to notice but I know you'd try...
But the presence of love would've never lie!

My love I saw how much you wished us as one
Chose a sit beside you in bus as our love entwined
Yet you did nothing and once a distance we rewind
Although how obvious we felt so fine
Sort of a convince for us to be bind...
but the PRESENCE OF LOVE still is blind!

Saturday, January 2, 2016

SELAMAT TAHUN BARU 2016: CINTA, NAFSU DAN KERJAYA

السلام عليكم
 

Jatuh cinta memang membahagiakan, tetapi kita sebagai manusia harus bijak menggunakan akal dalam memanipulasi perasaan agar tidak terjerat pada orang yang salah. Sesiapa pun boleh jatuh cinta dengan sesiapa pun! Malah sebahagian daripada kita tidak pasti samada perasaan itu terdorong oleh nafsu di ranjang atau nafsu dilanda kesunyian, atau sememangnya benar-benar jatuh cinta? Malah peluang yang terbentang di depan mata pun tidak semuanya boleh kita ambil walau ganjaran dijanji berjuta ringgit, kelak kaya raya tetapi jiwa tergadai. Begitulah juga cinta!

Cinta tidak memerlukan nafsu untuk jatuh cinta, ia hanya memerlukan naluri untuk membangkitkan rasa tanggungjawab. Bukan ketika hormon sedang menggelegak atau ketika diri memerlukan teman bercanda! Kerana itulah cinta juga bermaksud melepaskan demi kebahagiaan orang yang kita cintai, dan kebersamaan jika bermanfaat untuk kemajuan sesama sendiri. Ia bergantung pada kesefahaman saling memahami dalam mencintai, meningkatkan rasa tanggungjawab untuk engkau fahami dan aku harus senang mengerti!

Ya... Cinta adalah tanggungjawab! Tanggungjawab menjadikan orang yang kita cintai lebih baik dari sebelumnya, bukan lebih menjahanamkan kehidupan orang lain. Atau menjadi jahat sampai merompak harta masyarakat, melarikan anak orang atau menggila depan bangunan kerajaan! Malah cinta sepatutnya menjadikan seseorang itu berfikir lebih jelas, mana yang patut dan mana yang tidak patut.

Sepertimana juga tanggungjawab memilih kerjaya, perlu juga diimbangi dengan rasa cinta. Mana yang buat kita rasa lebih tenang untuk mencintai atau mana yang membuatkan kita lebih terawang-awang di ambang nafsu. Kerana kita kena beringat, cinta itu adalah tanggungjawab dan tanggungjawab itu adalah kerjaya; yang mampu membeli tiket syurga di akhirat selain tiket kebahagiaan di dunia!

Memang betul kita manusia mudah melakukan kesilapan, malah saya sendiri juga! Tetapi cinta itu sendiri akan membuatkan kita rasa bertaubat, rasa ingin menjadi baik dan memperbaiki. Walaupun kesudahannya mungkin insan yang kita cintai itu kelak hanyut dan sesat kerana tidak dapat setanding dengan perubahan diri kita yang menghargai cinta, jangan kita pula ikut sesat! Justeru ketika itulah kita wajib memanjatkan syukur kepada CINTA YANG PALING AGUNG, yakni ALLAH S.W.T ❤. Kerana ❤ALLAH S.W.T yang telah menjadikan diri kita lebih baik dan kuat, serta berdoalah untuk dia yang Allah kurniakan cinta ini, untuk turut direstui agar jadi lebih baik dan kuat sepertimana kita, dan menemui kebahagiaan yang sewajarnya.

Hidup tidak selalunya harus bersama, apatah lagi wajib jika memudaratkan! Kerana itulah dikesudahan cerita hidup kita di dunia ini akan tetap di kubur sendirian. Justeru, panjang-panjangkanlah akal dan perbaiki diri untuk menjadi manusia yang lebih baik secara individu untuk tidak lebih buruk secara majmuk. Fokuskan diri pada kerjaya, tanggungjawab yang bermanfaat buat kita kepada yang lainnya. Kerjaya yang tidak kira samada menambahkan pahala atau meningkatkan harta kekayaan dunia bagi menambah zakat, atau kedua-duanya sekaligus. Yang penting ia mesti dipertanggungjawabkan dengan penuh rasa cinta!


Saya sendiri faham bahawa kehidupan ini banyak ragamnya, malah nasib kita tidak semestinya sama dalam soal berkasih sayang, apatah lagi berjodohan dalam mencari jalan berumahtangga. Jika sudah berumahtangga pun, belum tentu nasib berpasangan sama dengan nasib pasangan yang lainnya. Bila ingin anak tidak juga kesampaian, sedangkan yang sudah beranak-pinak belum tentu semuanya 'menjadi kering di ampaian'. Yang ingin bersama untuk lebih berharta sudahnya mungkin papa-kedana, dan begitulah sebaliknya. Malah dalam hukum perkahwinan itu sendiri, cerai itu adalah halal jika kelangsungannya tidak membahagiakan. Mungkin kerana tanggungjawab tidak dapat terbina dengan rasa cinta! 

Maka di sinilah nilai kemanusiaan kita di sisi Ilahi, samada ingin menjadi pungguk yang gersang mengharap Tuhan merancang dan diri sendiri menentukan atau menjadi bulan terang benderang, diri merancang Tuhan yang menentukan! Maka bila merancang pun biarlah ukur pada kemampuan diri sendiri, jangan harap orang lain melengkapi jika diri pun tidak berusaha untuk kuat berdiri.

Kalau ingin insan yang terbaik di sisi maka diri sendiri pun kenalah jadi yang terbaik juga. Janganlah jadi 'melukut di tepi gantang', kesungguhan diri tidak seberapa tetapi mengharapkan orang lain bersungguh-sungguh untuk dia. Sebaiknya jadilah 'aur dengan tebing' jika ingin bersama dalam cinta, saling melengkapi dengan kelebihan tersendiri dan jangan mudah terpedaya dengan nafsu emosi. Sepertimana juga kerjaya, tidak semua boleh buat kerja yang sama namun kita saling bergantungan dalam mencapai inspirasi yang sama; ingin berjaya!

Demi Allah, hati saya tidak pernah mati dengan rasa cinta namun tidak juga diri sempurna untuk pernah sembrono dengan nafsu. Pernah ketika kecil di-'kerja'-kan oleh nafsu orang dan bila dewasa 'kerja'-kan nafsu orang. Halal dan haram semuanya terkandung dalam hidup insan yang tidak selalunya sempurna ini. Tetapi batasnya jelas, nafsu dan cinta tidak berdiri di landasan yang sama namun mungkin seiring pada ketetapan waktu yang sementara. Kerana dalam jangka waktu yang panjang, cinta itu yang lebih membawa berkat sedangkan nafsu kepuasannya tersekat-sekat ikut kemampuan kudrat. Samalah juga dengan memilih kerjaya, mana yang dikerjakan dengan nafsu belum tentu bahagia selamanya malah sambil bekerja mungkin mengumpat, memaki malah beromen sesama sendiri! Namun jika kerjaya itu dibibit dengan cinta, untuk melakukan dengan rasa tanggungjawab lebih kuat dari mengikut halwa nafsu.

Bohonglah jika saya tidak pernah jatuh cinta, malah pernah dua (mungkin tiga...?!) kali jatuh cinta pandang pertama dan semuanya saya tolak ketepi. Bukan kerana apa, cinta sudah tertanam dalam hati saya sendiri tetapi mereka itu mungkin sekadar pungguk menanti. Bertambah kuat saya berdiri semakin lemahnya mereka menunduki. Salahkan saya yang tidak memberi? salahkan mereka juga yang tidak mengerti! Apa-apapun alhamdulillah, dengan berkat cinta sejati kepada Ilahi dan cinta murni kepada mereka (termasuk ibubapa dan penjaga kita) yang dicintai, doa kita untuk kebahagiaan mereka dunia akhirat, insha-Allah sentiasa diberkati. Ini kerana cinta membuatkan kita lebih akur, nawaitu lebih jujur dan kudrat lebih teratur. Malah dengan perasaan cinta yang tersemadi di hati, سبحان الله, kasih sayang kita kepada insan-insan sekeliling bertambah seri, nilai kemanusiaan kekal meninggi dan dalam nakal-nakal pun tetap ada hati.  

'Cinta Sakti' © Kadokawa Gempak Starz™

Jadi begitulah pesan saya pada tahun baru 2016 ini, mungkin dengan cinta ini saya tidak selalunya mampu jadi kaya wang ringgit, kalaupun mungkin senang dengan asset tersimpan atau sedang bahagia bersama seseorang yang dirahsiakan, tidak pun mungkin sedang jatuh cinta lagi?! والله أعلم... yang penting ikhlaskan cinta dalam hati, kawallah nafsu agar kuat kendiri dan jadikanlah kerjaya yang kita pilih sebagai tanggungjawab yang sejati, إن شاء الله...

لاحول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم 

Sunday, August 16, 2015

KOMIK USTAZ DON: BIO 03

Sebelum novel grafik 'C.U.B.E:46' berada di pasaran tempatan pada September 2015, KUISCELL Sdn Bhd selaku penerbit dengan usahasama MALAYSIAN BIOTECHNOLOGY CORPORATION (BiotechCorp) memasarkan secara eksklusif (Harga: RM5 senaskhah) komik 'C.U.B.E: 46' Edisi Promo berjudul 'Di Sebalik Tabir... TERMA PEMBIKINAN KOMIK' sempena ASEAN BIOECONOMY 2015 (BIO MALAYSIA) Conference & Exhibition (17 - 19 Ogos 2015), bertempat di PWTC (Tun Razak Hall 4, Dewan Merdeka, Tun Hussein Onn & Tun Dr Ismail). Edisi ini terdapat 50 mukasurat (termasuk kulit depan) dan mengisi 32 muka surat terawal komik 'C.U.B.E: 46' separa siap yang mendedahkan 5 mukasurat lengkap (siap toning), 11 muka surat separa lengkap (siap inking), 16 muka surat belum siap (hanya penciling!) serta 4 mukasurat thumbnails yang merujuk kepada 32 mukasurat komik tersebut. Objektif Edisi Promo ini selain mempromosikan komik 'C.U.B.E: 46' yang bakal menyusul bulan hadapan, ia juga memberi sedikit pendedahan ringkas tentang 4 terma asas pembikinan komik (thumbnails, penciling, inking & toning). Memandangkan ia terhad, maka ia tidak akan diulang cetak.

Merujuk kepada update blog saya sebelum ini; 'KOMIK USTAZ DON: BIO 01' dan 'KOMIK USTAZ DON: BIO 02', update terkini ialah judul untuk komik Ustaz Don telah dimuktamadkan sebagai... 


Pada 27 Julai 2015 yang lalu, satu bengkel perbincangan berlangsung selama 6 jam di HQ BiotechCorp bagi membincangkan pelancaran komik ini dan salah satu daripadanya ialah Edisi Promo (seperti yang tersebut di atas) dan keputusan mutakhir untuk melihat Novel Grafik 'C.U.B.E: 46' Episod 1 menemui pembaca komik Malaysia sekalian pada SEPTEMBER 2015. 


Untuk makluman korang semua, projek ini adalah ilham bersama BiotechCorp dan juga KUISCELL dalam memanfaatkan medium komik sebagai bahan rujukan santai tentang bioteknologi kepada para penggemar komik sekalian. Ia sebagai salah satu alternatif memperluaskan kesedaran tentang bioteknologi kepada masyarakat dalam bentuk fiksyen namun terselit fakta-fakta yang bermanfaat. 

Mukasurat 19 komik (penciling) yang terdapat di dalam Edisi Promo sahaja!

Seperti yang pernah saya maklumkan, jalan cerita komik ini dikaryakan oleh Ustaz Don Daniyal manakala saya selaku pelukis dan penulis komiknya. Diterbitkan oleh KUISCELL, ia juga merupakan Hakcipta Terpelihara KUISCELL, justeru saya tidak mempunyai hak selain sebagai pelukis dan penulis komik ini yang bertanggungjawab dari segi kualiti serta pengisian. Jadi kalau ada sesiapa yang dok tanya pasal jualan atau pesanan, itu saya kena dapatkan maklum balas dari pihak KUISCELL dahulu. Insha-Allah, kita saling membantu dalam berkongsi maklumat, akan cuba diusahakan sedaya boleh. Buat sementara ni dari pihak saya, ni jer yang dapat saya maklumkan setakat yang boleh.  

Mukasurat 7 komik (inking) yang terdapat di dalam Edisi Promo sahaja!

Seperti yang sudah saya maklumkan dalam update sebelum ni, 'C.U.B.E: 46' dijadualkan untuk 3 episod novel grafik yang mana episod 2 kami rancang di pasaran menjelangnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016, dan episod 3 dijangka di pasaran pada September 2016. Mengharapkan Episod 1 mendapat sambutan dari para peminat komik tempatan (juga dua episod seterusnya), insha-Allah semoga dipermudahkan, saya di sini akan cuba mencuba memberi yang terbaik untuk 'C.U.B.E: 46' dengan terus memperbaiki mutu kerja selagi boleh. #Berusaha!