"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Monday, October 11, 2010

PROMO: Karya kolaborasi 'KTM: KISAH TELADAN MANUSIA'


Boleh dikatakan ini adalah karya Igniz (penulis) yang pertama membuatkan saya tertarik untuk diadaptasikan ke komik. Ia hanyalah sebuah jurnal ringkas tetapi mengambil masa untuk saya memahami mesej yang cuba disampaikan. Tidak tahulah kenapa lambat saya nak tangkap mesej sebenar sedangkan saya terkenal sebagai penghasil karya² cinta. Justeru dengan membaca jurnal ini berkali-kali, terus memberi ilham untuk saya mencabar diri menjadikannya sebuah komik. Maka inilah dia! ^_^

Karya komik pendek ini mencabar saya menghasilkan lanskap arkitek di stesyen keretapi. Memandangkan saya takder lesen menggambarkan stesyen KTMB yang sebenar, maka saya hasilkan gambaran stesyen keretapi saya sendiri yang tak lari jauh daripada konsep KTMB sendiri. Sekurang-kurangnya... untuk kipas-susah-mati Gempak Starz™.

PROMO: UDA & DARA (versi GEMPAK™)

Lagu 'Uda & Dara' nyanyian duet P. Ramlee & Saloma memang takleh dilawan kesyahduannya kalau didengar. Tapi setiap kali layan lagu ni, feel saya lain lak — ada perasaan bercampur riang dalam gelihati. Seolah-olah setiap kali dengar lagu tu cam bukan dinyanyikan oleh pasangan yang dah cukup matang untuk berumahtangga, sebaliknya remaja yang gatal nak kahwin cepat. Justeru saya dapat ilham nak hasilkan 'Uda & Dara' versi saya sendiri yang pastinya tentang dua manusia yang bernama Uda & Dara yang bukan dari era P. Ramlee & Saloma.

Cabaran paling getir saya dalam menghasilkan karya komik ni ialah melakar suasana majlis perkahwinan yang bakal berlangsung. Seriously a mess to wonder! >_<


Uda dan dara
Bersumpah keramat cinta
Wajah seri terukir
Berbiduk hilir kasih

Uda dan dara
Bersanding tak berpelamin
Tempat yang berwali
Di laut malam saksi

Daraku nantikan abang
Emas ringgit membakar kita
Uda hamba tunggu angin lalu

Uda dan dara
Bersanding di pusara
Nisan yang bersabda
Keramat kisah cinta

(Nyanyian/Melodi asal: P. Ramlee & Saloma)

Monday, September 20, 2010

EPILOG CINTA EGO

Kau tulikan telingamu daripada mendengar
Nadaku mencintaimu...
Kau alihkan pandanganmu daripada melihat
Keletahku mencintaimu...
Malah kau besarkan egomu untuk tidak ambil tahu

Ya jelas benar kau sudah tahu
Kalut tingkahmu kerana mencintaiku
Ya jelas benar kau pasti tahu
Hatimu sesungguhnya mendambakanku

Aku tahu desakmu
Moga aku yang menyatakan dahulu
Aku tahu lagakmu
Hanya aku yang harus melututmu
Aku tahu impianmu
Seeloknya semua tahu aku menagih cintamu

Seikhlasnya perlu kau tahu
Bila aku amat mencintaimu
Adalah hatimu yang meminta aku
Belas sama mencintaimu
Namun kerana akalmu berpelukan nafsu
Cintaku disangka nista oleh warasmu
Walhal jernih di renungan mataku
Ikhlas terpancar di pandangan matamu
Kau tetap cuba lari daripada hakikat itu
Pura-pura menafikan keyakinanmu

Tetapi kau perlu tahu
Jalanmu sudah tidak menentu
Saat aku yakin cintaku pasrah dengan caramu
Usahamu sudah kabur di muka pintu
Bila jasadku tidak lagi menunggu di situ
Hatimu menjerit kau cintakan aku
Setelah semuanya hilang dalam harapanmu
Mencabar aku yang sejujurnya mencintamu

Semoga kau menemui cinta baru
Yang bisa melapah seluruh egomu
Melemahkan seluruh tubuhmu
Melututkanmu seperti kau harap daripadaku
Tetapi percayalah...
Cara itu hanya untuk Tuhanmu

Ya benar...
Aku hanya insan biasa
Yang pernah hadir dalam hidupmu
Dengan cinta tulus buatmu
Anugerah Tuhan buat dirimu
Melihat semangat baru di diriku

Ya Ikhlas...
Denganmu aku bisa cemburu
Melihatmu mencabar kesabaranku
Setiap detik waktuku tabah buatmu
Kerana aku sangat mencintaimu
Biar egomu tinggi melampaui ikhlasmu

Benar & Ikhlas...
Hari ini hatiku mulai disinggahi kabut
Semangatku terasa mulai meluput
Impianku menyara impianmu sudah semput
Kerana rasanya perasaan cintaku padamu...
Sudah mulai hanyut

Jangan kau kesal
akan kehilanganmu di diri ini,
Kerana selagi kau yakin pada egomu,
Pasti kesal itu akan kau pendam sampai ke mati,
Aku hanya pasrah & redha kekal mencintai,
Buat dirimu dalam dirinya yang memberiku pasti.

Thursday, September 16, 2010

PROMO: BUDDY CINTA

Sebuah kisah pendek 6 m/s untuk terbitan Gempak Starz™. Ia mengisahkan seorang gadis yang sudah bertunang selama 3 tahun menjadikan sahabat tunangnya sebagai kekasih gelapnya yang dipanggil BUDDY. Apakah reaksi lelaki yang dipanggil BUDDY itu?


You look so fine,
Yet you are not so refine,
Since you told me to unwind,
When you call me your BUDDY.

You're such an emotional retard,
You stuck on someone you won't commit,
You bark for a lover you don't believe,
You cry of being hurt by someone...
Someone you only call a BUDDY.

BUDDY...
is your partner in crime,
a friend to play your game,
a confident of your fragility,
a treat of your sexual appetite,
an ally of your seduction.

BUDDY...
an amusement of your fairy tales,
an angel of your dream you assumed in reality,
another person lured into your net of spring,
another twinkling pleasure for pleasing moment,
entropy of someone you love more than just...
a BUDDY

Love is not your BUDDY
for love is not a game you can play
once your heart is trap in the moment
than you crash and burn for a play
you know right away
that the game you play
is just a game for you

Love is not your BUDDY
because the truth is...
what you saw,
what you came for,
and what you conquer...
is just another wheel of your fate
what turns around comes around

To you who is now suffering for a BUDDY...
someone you fooled behind your lover
Someone instead of the person you call love
A betrayal for a lover so divine but...
I am just that fate you used to call BUDDY.


"I'm sorry, I did felt for you.. it was just a glitch. Yes! I did cry for you but in the end I felt like a fool. The moments you tried so hard to make me fall in love with you, it was amazing. You did it preciously! You quit your high-paid job so you don't have to fly away and be far distance from me, I was impressed yet I shouldn't be. You even ended your precious long-term relationship just to prove me your love is real. But then I realised, you used to call me your BUDDY when you were in the relationship. Now who will be your next BUDDY once I am your lover? So you see, in real love there is no such person you call BUDDY. So sorry if fate has made you turn back to emptiness, at least you know a lesson...

A LIVING BEING IS A LIVING FATE."

— Words from your BUDDY

PROMO: Puisi Dalam Botol

Ia merupakan kisah cinta 12 m/s untuk Gempak Starz™. Mengisahkan bagaimana seorang teruna mencintai seorang gadis yang berpenyakit tidak boleh dikahwini. Ia bukan kisah komedi namun ia adalah kejadian benar yang berlaku dalam masyarakat sekarang. Sebuah lagi kisah pengorbanan cinta dalam caranya tersendiri...


Cry baby cry,
Cry for the moment we are not together,
Cry for the sake of our hearts in denial,
Cry forever if that is all what it takes to lie,
For I've already stop crying for goodbye...

Thursday, September 9, 2010

PUISI KEKASIH AIDILFITRI


Sayang di Aidilfitri...
Sepuluh jari ku hulur
Seribu keampunan ku pohon
Bila sirna cintaku padamu
Menambah sejagat keperitan dijiwa

Sayang di Aidilfitri...
Mesralah saat aku hadir
Senyumlah saat aku tiada
Yakinlah aku masih untukmu
Yang teristimewa di naluri
Meski esok masih tiada kita

Salam Aidilfitri... sayang
Jauh ataupun dekat
Lama mahupun singkat
Hati pekulun terasa rapat
Kerana cinta ini satu berkat
Insya-Allah... ikhlasku muafakat


Ampun maaf zahir & batin...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sunday, July 25, 2010

SOMETHING ABOUT 'V'...



I'm a big fan of V since then & now... when the pilot for the remake of its TV Series aired on NTV7 (Saturday, 8.30 pm, 24th January 2010), I got the urge to do my own fan-art of the creature. So here is my wild imagination of V... peace! ^_^

Thursday, July 22, 2010

INDUSTRI KOMIK MALAYSIA: 10 TAHUN PENGABDIAN EDITOR


Hari ini sudah lebih sebulan saya meninggalkan karier profesional sebagai salah seorang penyunting terunggul Industri Komik Malaysia di GEMPAK STARZ™ untuk majalah UTOPIA™ konsep baru yang bermula pada tahun 2009 dan semestinya nadi terulung saya, GEMPAK™. Namun begitu, selepas 10 tahun berkecimpung dalam arena komik ini masih ramai yang keliru dengan tanggung jawab sebenar saya terutamanya pengikut setia (kipas-susah-mati) GEMPAK™ sebagai seorang penyunting (editor). Malah tidak saya nafikan mereka juga kurang pasti bagaimana kapasiti kerja sebagai seorang ketua penyunting.

Kerjaya saya secara rasmi bermula di BRG Art Square Sdn. Bhd. pada 20hb. Jun 2000 sebagai pembantu penyunting untuk Majalah Komik Generasi Baru, GEMPAK™. Beberapa bulan kemudian syarikat penerbitan mula melangkah maju sebagai syarikat penerbitan komik dan bertukar taraf sebagai Art Square Creation Sdn. Bhd. yang berlokasi di Bandar Tasik Selatan, KL. Tidak lama kemudian saya mengambil langkah berani menerajui sendiri majalah GEMPAK™ selepas kedua-dua bekas editor saya, Kit dan Toopai memilih langkah baru masing-masing. Dengan prinsip 'alah bisa tegal biasa' dan 'berpantang mundur sebelum berjuang', saya menangkis sebarang kemusykilan diri dan berani melakukan pembaharuan.

Ketika saya memegang peranan sebagai editor, tiada siapa yang begitu yakin dengan kebolehan saya. Bagi saya itu adalah perkara lumrah memandangkan keperibadian saya sebagai graduan sains dari Universiti Teknologi Mara/UiTM. Justeru cakap-cakap sinis akan mungkin ketidakmampuan saya menjadi pembakar semangat untuk saya buktikan mereka salah. Dengan dua majalah dalam tanggung jawab, GEMPAK™ dan UTOPIA™, saya gagahkan diri untuk fokuskan yang terbaik.

Meneruskan tanggung jawab bagi mengekalkan sesuatu yang sudah terbaik di pasaran bukanlah mudah. Saat saya dipilih untuk meneruskan legasi GEMPAK™, bimbingan dan sokongan rakan-rakan sekerja serta kata-kata perangsang bekas editor saya (Kit dan Toopai) sangat dihargai. Perkongsian kreativiti daripada Mr. Botak (Terrence Choi) & keyakinan mentaliti daripada Shazabi (Chris Yew) banyak membantu saya memahami konsep produk penerbitan. Daripada situ, secara semulajadi saya membina formula baru untuk memastikan majalah GEMPAK™ kekal di pasaran biarpun mungkin nilai pasaran berubah.

Keseragaman teks
Sebelum saya menerajui sendiri majalah GEMPAK™, seperkara yang saya fahami ialah setiap penerbitan komik (terutamanya majalah humor) gemar menggunakan bahasa pasar. Justeru majalah GEMPAK™ tidak ketinggalan. Namun ketika itu ia langsung tidak dipantau dengan baik dan menjadi isu bahasa paling kritikal di Malaysia.

Dengan majalah GEMPAK™, saya menjadikan ia pelantar untuk saya melakukan perubahan paling asas iaitu memantau keseragaman penggunaan bahasa pasar berbanding rasmi dalam penulisan. Daripada situ saya mulai bina keseragaman lain seperti cara menulis bahasa asing, tajuk serta katanama dalam pembentukan tatabahasa lebih praktikal untuk memastikan pembaca majalah GEMPAK™ terutamanya golongan muda pandai membezakan mana yang rasmi dan sebaliknya.

Daripada sudut moral, ia mampu mendidik pembaca kita memahami kontradik secara dialektik dalam pembacaan. Malah keseragaman ini telah membantu saya menjawab setiap soalan yang diajukan oleh wartawan-wartawan akhbar tentang isu 'perosak bahasa'. Sekurang-kurangnya dengan adanya pemantauan bahasa pasar sedemikian di dalam majalah GEMPAK™, ia membuktikan kepekaan sidang editorial yang saya terajui terajui ketika itu.

Menaiktaraf kualiti industri
Perspektif industri sebelum kewujudan GEMPAK™ masih kelam dengan hala-tuju yang pasti. Namun semasa saya menerajui majalah tersebut, hala tuju dan identitinya memberikan perspektif jelas ia mampu mendidik pembaca tentang industri komik dunia kepada tempatan. Ini sekaligus dapat memberi rangsangan kepada industri untuk bercambah. Justeru penyertaan saya dalam sidang editorialnya adalah untuk menyambung mandat serta mengekalkan hala tuju dan identiti tersebut mengikut peredaran masa berpandukan pandangan dan ideologi sekeliling.

Seiringan dengan itu, Industri Komik Malaysia semakin bertambah sihat dengan saingan produk komik baru, penerbit komik baru dan kebanjiran komik-komik cetak rompak terutamanya daripada Jepun yakni manga. Persaingan ini memberi peluang kepada saya memantapkan status dengan berani menyahut dan mengulas setiap saingan melalui kepakaran saya sebagai editor. Majalah GEMPAK™ dijadikan pelantar untuk saya mengekspresikan pengetahuan industri komik dengan cara santai namun berinformasi tinggi.

Bukan satu perkara yang mudah untuk membentuk formula artikel dengan imej tersendiri dengan impak informasi jitu. Namun saya galas tanggungjawab itu dengan keyakinan ia mampu memberi perubahan kepada konsep penyampaian maklumat terutamanya untuk industri komik kita. Sebagai seorang editor sebuah majalah, saya sedar kelebihan saya ialah menjadi pena utama dalam menyampaikan maklumat yang ingin disampaikan daripada pelbagai sumber dengan gaya yang lebih efisyen serta releven buat identiti industri berkaitan.

Memartabatkan Imej Industri
Seperkara yang saya tidak pernah terfikir untuk hadapi saat menyertai bidang suntingan di majalah GEMPAK™ ialah menjadi perwakilan buat industri secara profesional. Mulanya saya hanya melihat diri saya berkhidmat sebagai penyunting serta pelukis komik untuk majalah GEMPAK™. Selebihnya jika ada tetap kekal sebagai itu dan tidak melangkau hingga mewakili Malaysia untuk industri dalam pelbagai program dalam dan luar negara.

Oleh kerana saya memegang prinsip bertanggungjawab dan 'alah bisa, tegal biasa' maka peluang diberi tidak mungkin saya persiakan. Sekurang-kurangnya ia memberi saya lebih pengalaman sekaligus cepat mendewasakan diri dalam industri. Justeru bermula dengan menjadi ahli jawatankuasa PeKartun, wakil Malaysia untuk 'People to People Exchange Programme' dan 'Asean Art Symposium', diikuti sebagai juri tiga tahun berturut-turut 'MSC-MDeC IP Challenge' bagi kategori Komik Digital dan menjadi moderator bagi 'Kre8tif Conference 2009' serta sebagai wakil media untuk pelanggan-pelanggan iklan di dalam serta luar negara, banyak membantu menaikkan nama saya dalam industri setanding dengan nama-nama besar yang lain. Tidak ketinggalan kemunculan saya dalam program-program TV yang melibatkan isu komik tempatan.

Dalam tempoh 10 tahun saya sudah melangkau sedekad kemajuan dalam industri. Bagi saya ia sudah cukup membantu bukan saja diri saya malah juga industri. Mungkin sesetengah pihak berpendapat peranan yang saya mainkan dalam tempoh sedekad itu terlampau kecil, namun bagi saya memadai dengan kemampuan yang diri ini ada.

Industri Cabaran Perniagaan
Diperkecilkan, diperlekehkan mahupun dipersendakan oleh sesetengah pihak tidak pernah menjadi igauan ngeri buat saya untuk terus membuktikan kebolehan diri membantu Industri Komik Malaysia sebagai editor. Anggap saja ia satu cabaran yang seronok kerana ia hanya datang daripada golongan minoriti.

Dalam tempoh 10 tahun saya juga kena bergelut dengan pelbagai isu moral kemanusiaan sebagai seorang editor kepada pekerja, pembaca dan masyarakat amnya. Antara isu-isu tersebut seperti perkauman, hakcipta karya, krisis identiti bakat dan pelbagai lagi yang melibatkan ketahanan psikologi saya untuk sentiasa stabil menanganinya secara profesional dan saksama. Namun setiap sesuatu ada hadnya dan begitu juga saya.

Mungkin tugas saya sebagai penyunting paling lama di GEMPAK STARZ™ sudah berakhir, tetapi saya tidak pernah menganggap penglibatan saya dalam industri turut berakhir. Ramai yang masih keliru dengan kepentingan saya dalam Industri Komik Malaysia ketika memegang tampuk sebagai editor serta kapasiti kerja yang perlu saya lalui. Namun itu bukan hak saya menyuarakan kepentingan diri kerana itu pengiktirafan yang diberikan oleh penggiat dan penggemar industri.

Justeru selepas 10 tahun, saya bukan lagi seorang editor mahupun golongan profesional di bahagian suntingan atau mana-mana perwakilan profesional media bagi Industri Komik Malaysia. Saya kini hanyalah seorang artis komik tempatan yang ingin mencari tapak kukuh dan berhasil sebagai seorang pelukis komik bergelar FAKHRUL ANOUR. Jika ada peluang, saya hanya ingin melakukan yang terbaik, jika tiada, hidup ini masih banyak ruang untuk berdikari...

Wasalam
FAKHRUL ANOUR

Tuesday, July 20, 2010

Sunday, July 18, 2010

JUMAAT 13: Art inspired by 'Book of Blood'


"Well, if we close our mind to possibilities, we'd never make any progress, would we? In this business, we have to start from a place of faith."

— Prof. Mary Florescu (Book of Blood)