Perut sudah beralas dengan sarapan yang enak tadi, namun keyakinannya masih tidak beralas. Bangunan yang disangka seperti kompleks membeli belah itu sebenarnya sebuah gudang kilang memproses barangan berjenama. Papan tanda jalan di simpang empat berhampiran pula menunjukkan arah yang pasti tidak akan membawanya pulang ke destinasi yang dituju. Lantas dia berpatah balik, berjalan melintasi gerai makan dia bersarapan tadi dan kembali ke bahu jalan di mana dia bermula.
Di tangga lebuhraya matanya kembali tertumpu ke stesen KTM Kepong yang masih penuh berpenghuni. Penumpang jelas semakin ramai membanjiri pelantar yang mulai kelihatan sempit.

Yang pasti, sistem perkhidmatan masih lagi tergendala. Dia menghela nafas pendek dan meneruskan perjalanan mara ke arah yang belum lagi ditujuinya, ke arah bertentangan daripada sebelumnya.
Dalam menapak di kawasan asing di daerah dia bermastautin, jiwanya disinggahi kesal. Bukan setakat untuk dirinya namun untuk kehidupan mereka yang menipu diri sendiri, seolah tidak mengenal erti kesal. Namun siapalah dia untuk membentuk mereka jika apa yang dia termampu adalah untuk menjadi dirinya.
Langkah diteruskan biarpun setiap lanskap mahu pun tanda jalan terus meyakinkan keterasingan dirinya. Keringat sudah banyak meleleh, membasahi asanya serta kuyupkan keyakinan diri.
Di simpang empat berlampu trafik, setiap kenderaan yang lalu hanya menjadikan dirinya terasa lebih asing. Malah di simpang empat itu dia mulai ragu arah yang perlu di tuju. Setiap hujung horizon jalan tidak begitu memberi kepastian dia akan menemui jalan pulang.

Kelihatan seorang remaja lelaki juga kelihatan sesat sepertinya. Ingin dia bertanya namun lelaki itu seolah tidak mengendahkan. Teringatkan ramainya manusia sombong di kota mewah ini, dia lebih rela tidak bertanya daripada di beri jawapan sinis.
Di simpang itu, dia memilih jalan menghala ke kawasan perumahan yang terletak pondok menunggu bas. Berhampiran pondok itu, tersergam sederetan rumah kedai yang terselit kedai runcit moden, 7-Eleven. Ya, sesuatu yang tidak asing baginya. Lantas tanpa lengah dia ke kedai itu dan bertanyakan kepada pekerja yang bertugas, seorang wanita India dalam lingkungan usia lewat 30-an.
“Kak… sini ada bas ke KL lalu tak?”
“Ada, tunggu jer kat pondok tu, dik.”
“Lambat tak?”
“Tengok keadaan, sekarang ni tengah cuti sekolah, mungkin lambat sikit kot.”

Selepas mengucapkan terima kasih, dia terus berlalu untuk ke pondok menunggu bas tersebut. Saat dia hendak melintas jalan tiba-tiba sebuah kereta Porsché hitam meluru laju ke arahnya. Belum sempat dia hendak mengelak, kereta mewah itu sudah melanggarnya sebelum ia terbabas ke tepi jalan.
Dia sudah terbaring lemah, jelas di matanya kini darah merah sedang mengalir membanjiri jalan bertar. Walaupun tidak pasti dari mana darah itu keluar, yang pasti dia tahu itu miliknya.

Sebentar tadi kurang seminit sebelum dilanggar, dia nampak jelas pemandu kereta mewah itu sedang memandu laju sambil bergurau dengan gadis di sebelah. Gadis itu sedang cuba menarik-narik handsfree dari telinga si pemandu. Saat handsfree berjaya di rampas, saat itu tubuhnya bagai dipukul teruk.
Penglihatannya semakin pudar. Dalam samar-samar dia mampu lihat segerombolan manusia menuju ke arahnya. Dalam sayup bunyi dia mendengar kecoh suara ramai. Siapa mereka? Apa yang mereka akan lakukan? Mampukah dia hidup kembali? Persoalan itu kini bukan miliknya kerana yang dilihat dan didengar sengsara selama ini sudah lenyap terus…
Dalam kematian yang hanya datang sekali.

-SEKIAN-