"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Monday, March 28, 2011

PESAN NENEK KEBAYAN KEPADA MAYANG SARI

"Tuanku Puteri... biar nenek nasihatkan satu perkara tentang cinta. Jangan sesekali Tuan Puteri bercinta dengan jejaka yang jauh lebih muda daripada usia Tuan Puteri. Biarpun Tuan Puteri nampak muda seperti mereka namun kematangan Tuan Puteri tidak semuda mereka."

Puteri Mayang Sari terdiam seketika. Hatinya yang berbunga riang setelah jatuh cinta pandang pertama dengan seorang pemuda bertukar derita dalam sekelip mata.

"Mengapakah begitu Nenek Kebayan? Tidakkah usia bukan penghalang untuk dua insan bercinta?"

Nenek Kebayan hanya tersenyum sindir, menjengilkan lagi gigi bersiong tunggalnya di tengah seringai.

"Tuan Puteri bukan seperti manusia! Manusia boleh bercinta tidak kira usia, berantakan tidak kira masa, berpisah tidak kira paksa. Tuan Puteri hati berbalutkan mutiara, celanya hampir tiada dan fikiran Tuan Puteri bijaknya laksana pendita, sedikit diduga bernas takrifannya. Anak muda ini bukan setara Tuan Puteri..."

Sebutir airmata mulai jatuh bak mutiara di mata kanan Puteri Mayang Sari, diikuti sebutir lagi di mata kirinya.

"Biar cinta sudah memanah jauh ke dalam hati Tuan Puteri, namun si pemuda ini masih diam tidak menyatakan cintanya... jelas dia hanyalah manusia biasa, Tuan Puteri." Rujuk Nenek Kebayan menyakinkan lagi sambil menjeling sinis seolah menyindir sifat kecintaan Puteri Mayang Sari itu.

"Tapi beta pasti dia turut mencintai beta!" Puteri Mayang Sari menegaskan kini berjuraian airmata.

"Ya Tuan Puteri... dia memang mencintai Tuan Puteri, sangat dalam. Namun dia manusia, lemah keyakinan, tinggi nafsu manusia. Dia tidak tegar dalam menuntut hak kebahagiaan dirinya. Tidak seperti Tuan Puteri, yakin bersuara dan yakin berkata apa yang dirasa."

Puteri Mayang Sari kesal mendengar nasihat Nenek Kebayan, mengenang nasibnya yang masih belum ketemu setara yang membuatkan cintanya ada rasa di syurga tiada nafsu manusia menerjah ke neraka. Bilakah dia yang sebenarnya akan menjelma?

"Nenek Kebayan... beta sudah berusia 360 tahun, 360 darjah lengkap memutar dunia. Beta sudah tidak kuasa melihat cinta dari hati terpancar di mata mereka namun tidak seorang pun yang menyatakan perasaan masing-masing, niat yang dilafazkan kepada beta..." Rajuk Puteri Mayang Sari.

"Sabarlah Tuan Puteri... sebagai puteri bongsu di antara tujuh adik-beradik kerajaan Seri Bunga Tanjung yang menjelma semula di muka dunia, seharusnya dengarlah pesan ratu, bonda Tuan Puteri, Ratu Cik Sima suatu ketika dulu... "

"Maksud Nenek Kebayan?"

"Usah dipasung adat, dilangkah bendul daulat. Pasti Pangeran Empang Kuala akan kembali menjemput Tuan Puteri pulang ke Dumai... "

"Bukan anak muda inikah?" Tanya Puteri Mayang Sari penuh harapan.

"Tuan puteri... jika benarlah dia, mengapa nenek tidak merestuinya?" Nenek Kebayan pulang bertanya.

Puteri Mayang Sari terdiam lalu dengan penuh sayu diraut wajahnya, sambil merenung bulan purnama seraya hati lantas berbisik hiba...

"Mengapa Nenek Kebayan jugaklah penghasut utama beta mendalangi cinta ini. Jika dulu cintaku juga dihalang kerana usia, melangkah bendul mendahului yang tua sebelum memiliki yang lebih muda. Kini bagaimana pula?! Wahai Pangeran, segeralah kamu bersuara, jangan beta tertanya-tanya sampai perang membenamkan dunia... sampai mati kelaparan beta bercinta, kekal tidak berpunya!"

19 comments:

Anonymous said...

cerita ni dapat kat mana ye ?

Fakhrul Anour said...

Ia dikaryakan hanya utk blog ni... hanya terdapat di sini & tiada lanjutan. ^_^

Anonymous said...

Oh ya ke? Bagus ceritanya. Pandai tuan mengarang.

Saya lah suaminya. Terima kasih kerana menulis.

Fakhrul Anour said...

Alhamdulillah... terima kasih. ^_^

Awak? Syukurlah, tuan puteri sudah bertemu dengan Pangeran Empang Kuala nya. 😉

Sama-sama... ☺

Anonymous said...

Selamat maju jaya dan di rahmati Allah. Fakhrul sorang yang Tekun. Amin

Fakhrul Anour said...

Insha-Allah... aamiin. Trimas! ^_^

Anonymous said...

Tapi betul ke..semua ni...kenape tidak cerita kan tentang rupanyer yg sebenar...taatnyer dia kepada allahh..tentang dia ketua puteri bunian

Fakhrul Anour said...

kalau camtu dah kena buat satu novel lak. Insha-Allah... boleh difikirkan idea mengembangkan citer ni. ^_^

Unknown said...

Betul ke cerita ni stau khayalan saja

Fakhrul Anour said...

Ya, Krolewan Mohamad. Ia hanyalah idea yang datang sekelip mata setelah ilustrasi siap. Ilustrasi tu dilukis dalam kertas kecil & idea mengaitkan Puteri Mayang Sari tu saya dapat dari sebuah rujukan di internet (berlaku secara kebetulan). A beautiful coincidence... maybe. -_^

Anonymous said...

Assalamualaikum. Andaikata saya bisa berhubung dan berkata kata dengan puteri mayang sari apakah doalan yang ingin saudara utarakan kepada puteri.

Anonymous said...

Persoalan tadi jika perlu perbincangan lanjut sila email hribm2002@yahoo.com saya dari malaysia

Fakhrul Anour said...

Wa'alaikummussalam... katakan pada dia jgn di tunggu cinta dari golongan muda yang berbolak-balik nafsu hidup mereka, kerana hati mereka penuh dengan pancaroba & tidak tetap bila diduga. Itu saja... *wink*

Unknown said...

Best cerita ni....tapi tak tahu mana yg betulnya
Puteri mayang sari siapa kah beliau,kerana itu bukan nama
Betul cuma nama pagilan sahaja,adakah beliau adalah dewi

Abby said...

Mana saya boleh dapat lagi cerita ttg puteri mayang sari ni yea?

sonia said...

Indah ceritanya.
Saya mohon pinjam cerita ini sebagai sandaran puisi pendek mayang ye.

Unknown said...

Allahuakhbar...!!!😭😭😭😭

Unknown said...

Allahuakhbar...!!!😭😭😭😭

Unknown said...

Saya pun baca best... Tak sangka pulak ada yg akan buat cerita mengenai nama saya... Saya terhibur... Harap sis buat lagi cerita mcam ni...