"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Sunday, March 20, 2011

GEMPAK STARZ™ ROAD TOUR 2011... I'LL BE MC!

Pengumuman penting buat semua peminat komik Malaysia, terutamanya para peminat Gempak Starz™, meh kita ramai² memeriahkan sesi jelajah Gempak Starz™ 2011 (Gempak Starz™ Road Tour 2011). Cambest bila saya turut dijemput menjayakan sesi jelajah ni sebagai MC (Master of Ceremonies) & moderator bagi memastikan korang dapat bersama beramah-mesra dengan artis² komik feveret korang dari Gempak Starz™ yang turut serta seperti berikut:


ROAD TOUR 01: MELAKA
Lokasi: MAHKOTA PARADE (MPH)
Tarikh: 26hb. Mac 2011 (Sabtu)
Artis komik: KEITH, KAORU & NISHIKI

ROAD TOUR 02: TERENGGANU
Lokasi: MESRA MALL (Popular)
Tarikh: 27hb. Mei 2011 (Juma'at)
Artis komik: ZINT, KAORU & JO

ROAD TOUR 03: KEDAH
Lokasi: STAR PARADE (Popular)
Tarikh: 11hb. Jun 2011 (Sabtu)
Artis komik: KAORU, JO & LITTLE

ROAD TOUR 04: SABAH
Lokasi: KK CENTER POINT (Popular)
Tarikh: 23hb. Julai 2011 (Sabtu)
Artis komik: KEITH, KAORU & ZINT

Saturday, March 19, 2011

Kembali solo... 'CINTA KU SERU DI KELOPAK MAWAR'

Jangan salah tafsiran! Secara peribadi saya tak solo cuma semenjak setahun ni saya banyak menghasilkan komik berdasarkan cerita orang lain yang mampu menaikkan semangat kreativiti saya. Kini saya cuba nak kembali berkarya secara solo & melihat semangat itu di dalam diri sendiri. Paling penting saya berharap semangat itu akan tetap mampu mengekalkan skil melukis saya yang terkini. Tak selalunya azam kita akan ditanggung oleh orang lain & begitu gak saya. Tapi ini tak bermaksud saya akan terus solo dalam berkarya, at least selepas ini saya sudah ada kemahiran & keinginan bukan saja melukis komik berdasarkan cerita sendiri tapi juga orang lain. So inilah percubaannya selepas lebih setahun pemergian arwah mak saya... Sebuah komik pendek 6 m/s; 'CINTAKU SERU DI KELOPAK MAWAR' buat terbitan Gempak Starz™!

Align CenterPage 01

A panel in page 02


MENGIMBAU SKIL DULU...
Inilah komik 12 m/s 'SOUL MATE' yang diterbitkan dalam majalah UTOPIA™ isu 198 (15hb. Mac 2011). Ia dihasilkan sebelum saya berkolaborasi dengan penulis lain & mula cuba berusaha menitip minat kembali melukis selepas pemergian arwah mak saya pada akhir tahun 2009. Kalau tengok pada skil lukisan yang saya hasilkan ni, jelas ia tak banyak beza berbanding lukisan komik saya yang pernah diterbitkan dalam novel grafik 'Siri Maskeret Cinta: HANYA...' pada tahun 2002. I like my latest upgrade of drawing skil compared to before, so let me try stick to it with or without collaborator... ^_^

WE LOVE TROPICANA LIFE... I'M SOLD!

Saya telah dijemput Gempak Starz™ untuk memperagakan t-shirt terbaru oleh Tropicana Life 'I'M SOLD SOLD SOLD SOLD'. Jadi korang pastikanlah ia jadi SOLD OUT bila kelak mula dijual di laman web rasmi Gempak Starz™ (selepas pertengahan April 2011). First time memperaga semenjak join Industri Komik Malaysia di bawah naungan Gempak Starz™. Bolehlah! ^_^

Eksklusif, kepada 6 pembeli bertuah t-shirt tu akan mendapat kad spesel ni yang saya autograf & buat lakaran karakter (karakter apa? Nak tau kenalah jadi 6 pembeli bertuah t-shirt tu!) khas buat kenangan keenam-enam diorang.

CERITA UNTUK DUNIA

Inspired by 'Cinta Untuk Dunia' (Yovie & Nuno)

Tuesday, March 8, 2011

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2011


Allahyarhamha Sa'adah bte. Hj Fadhil adalah seorang wanita terhebat yang paling rapat pernah saya kenali. Beliaulah seorang rakyat, seorang muslimah, seorang suami, seorang isteri & seorang ibu dalam membesarkan anak tunggalnya dengan melalui setiap kepayahan dicemuh, dipandang rendah malah dikhianati tidak kira secara peribadi atau profesional. Biarpun banyak pujian yang dicurahkan kepadanya samada kerana rupa parasnya atau sumbangan yang telah diberikan kepada masyarakat penduduk, namun demi tanggungjawab beliau tidak pernah merasa angkuh malah terus berkhidmat sebagai seorang guru KEMAS, guru mengaji, guru nasyid, ahli politik UMNO/Barisan Nasional serta penyatu masyarakat.

Walau dalam kesibukan semua itu... pendidikan anak tunggalnya ini tidak pernah diabaikan. Biarpun adakalanya dia pulang kepenatan hingga marah-marah & bila saya ada melakukan kesalahan akan dirotan, tidak pernah saya berniat untuk pergi meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana saya tahu, bukan mudah membesarkan seorang anak berbanding ramai anak kerana ia melibatkan hati dan perasaan yang tunggal.
Hilang satu tiada lagi gantinya, gagal satu tiada lagi duanya, berjaya satu maka terbuktilah tiada salah didikannya. Hanya satu dapat membuktikan kejujurannya...
Malah saya pernah berharap jika diakhirnya diantara kami kematian menjemput, biarlah beliau pergi dulu supaya beliau tidak perlu merasa sakit untuk melihat kematian saya dahulu. Subhanallah, beliau pergi dalam redha saya & yakin doa saya untuk beliau dihantar terus ke syurga, insya-Allah di makbulkan kerana beliau seorang bidadari.

Beliau telah mendidik saya dengan baik. Mendedahkan saya dengan pelbagai jenis bahan telaah & ilmiah semenjak usia kecil lagi, selain kehidupan kami berkongsi hidup sebagai anak-beranak bersama di rumah belakang masjid itu.

Beliau tidak perlu selalu berada di sisi untuk mengajar & mendidik saya secara langsung. Namun jika saya ada persoalan, beliau tidak pernah gagal menjawab biarpun adakalanya jawapan itu mengambil masa untuk saya fahamkan.

Hanya dengan memerhati & mengamati beliau sahaja, saya sudah ingin menjadi seperti beliau; mantap, berusaha & tidak mudah mengeluh dalam setiap yang dikerjakan. Buat kaum wanita semua, jujur saya katakan bahawa saya dewasa belajar daripada kepayahan & usaha tegar seorang wanita bernama Sa'adah bte. Hj Fadhil... Al-Fatihah buat bondaku yang tercinta.

Kepada lelaki yang suka bersikap ego terhadap orang lain terutamanya wanita, berfikirlah dahulu sebelum anda ingin menunjukkan anda seorang yang teguh & bersikap kejantanan (kononnya!). Ingat! Ada kaum wanita hidupnya terpaksa melayan kealpaan lelaki berlagak dalam berpolitik & berdakwah demi menjaga maruah diri! Saya harap lelaki-lelaki sebegini tolonglah sedar... maruah anda tetap bermula di diri anda & hak yang ingin anda jaga, bukan atas hak orang lain. Jika alpalah cara anda menjaga hak anda, maka alpalah hak anda kelak... begitulah juga wanita, hak yang ingin anda miliki.

Wasalam!

Saturday, March 5, 2011

A SURROGATE PARENT


A friend asked me "Where have you been?!"

I answered "Are you kidding me? I'm still around... maybe I am the one who should ask you such question!"

He then said "You're not active in Facebook anymore. For me, that's the only place I can assure myself that you're still alive & kickin'!"

I smiled "Yeah... I get what you mean. You just want to say that I should start practice calling people for no reason, right?"

"Well... years knowing you, I don't think you'll do that unless..." He said followed by a wicked-wink.

"I'm stuck..." I continued.

"No... really attached!"

In a moment I kept myself silence.

"I'm a parent, with two baby daughters... I'm in love with them. I cry when I miss them, I rush to them when their daddy said one of them got fever & every time it was my turn to be their caretaker for the week... I got all excited." I confessed.

My friend almost got choke by surprise.

"You love possums, but being a caretaker? That's not you. If you got stuck with a baby for 24 hours, I knew you will took a well plan not to get caught up with another baby until your fear of 24 hours 'baby-freak' flushed away."

Hastily I stared him, with hate.

I awkwardly said "Surprise! I even postpone my plan to migrate just to ensure I can build a perfect future for my babies."

"Your babies?! Babe! I think you should get married & raise your own kids!"

In a moment I wanted to smack my friend but I didn't. Instead I calmly told him "Look... lets stop talking about my own sperm here to be mix with a lady's ovum to cultivate my own kids. My fate so far doesn't work that way, ok. I've told ya... these baby girls need me more than my own."

"Err... tell me, do you have anything to do with their parent?"

"I'm in love with their daddy!"

"What?!!! You're so gay!"

"So what? We've been best friend since 1996... he adored me, hurt by me, he stumbled for years because of me than... I didn't care! We never had sex, we never kissed but we're meant to be together. Now I know why..."

"How about their mother?"

"Divorced, but I'm their mommy's best friend too... just friend."

"So now you're like the daddy's new lover?"

I chuckled "You're so slow! I've been his lover before they even got married, you dork! Just not sexually... anyway he has a fiance now & I like her too... as friend."

My friend got confused "You know what, you really have a weird taste on girls."

"Emotionally... not sexually." I rephrased him.

"Sometimes I think you're really not a human. I knew, even most men who knows you do have intention to crush you on bed but..."

"Shut the f***ing thought, troll! We're not talking about me here... it's about my baby girls! I'm in love with them."

We kept in silence for a while.

He sighed & said "I thought you are in love with someone... new? The one that makes your creativity goes over the top?"

"Still..." I replied.

"So... ?" He asked.

"Guess what, I'm glad that I'm the only one who is in love... if not, I might not have this decision to be devoted with my baby girls."

"Meaning?"

"Lets waste that love... if I have something, I'll give it, but my daughters come first to fulfill."

"Hmm... you make sense there."

"How about the daddy?"

"Ooo... I have big plan for him. I want him to have most part of my share!"

"No... you DIDN'T!"

"I do... I want my daughters to be proud of their real daddy."

"I thought you want to be their daddy?"

"Nope... I'm their beloved uncle. I don't want them to lost touch with their daddy."

"How about their mommy?"

This time I really want to smack my friend but still... I didn't.

"You sure have half brain, don't you? How can I surpass their mother, I don't have boobs you a**hole!"

"Oh..."

He giggled then continued by saying "Bro... stay in love with the one who brought back your old self, please. No matter what, don't let go. You'll need that love even now you're attached with this family as a 'surrogate parent'..."

I smiled decently hearing him said such word. I agreed no less, he's right.

"I won't let go but... I won't hope either." I said.

"As you always do... " He said.

We smiled to each other before we set apart as the next day he got 'killed'... by a fortune machine.

Wednesday, February 9, 2011

PREVIU KOMIK 12 M/S 'ONCE... CINTA ABADI'

Kolaborasi saya bersama penulis muda berbakat besar, Igniz diteruskan lagi dengan sebuah karya cinta 2 sejoli (yang pertama daripadanya!). Dia menulis skrip berdasarkan konsep cerita yang saya syorkan di blog ini berjudul ONCE.
Melalui karya ini, saya bertambah yakin dengan kebolehan Igniz sebagai seorang penulis. Jika sebelum ini saya hanya mengadaptasi karyanya yang sedia ada di laman blognya 'youCANNOTREADthis' dalam bahasa Inggeris, kali ini dia menghasilkan karya dalam bahasa Melayu. Saya anggap ini karya eksklusif daripada Igniz yang membuktikan dia bukan sahaja bagus menulis dalam bahasa Inggeris, tetapi juga dalam bahasa Melayu... I believe.

With his great writing, I believe I can develop even more better comic drawing, insya-Allah. Inilah hasil kolaborasi yang saya anggap cukup ekslusif berbanding yang sebelumnya & I'm looking forward for more...

Note: karya ini yang pada asalnya Igniz tetapkan 8 m/s saya kembangkan jadi 12 m/s sebab ada babak berdasarkan skrip ingin saya kembangkan dalam bentuk lukisan komik, eksklusif untuk terbitan Gempak Starz™. Enjoy! ^_^


Page 02


Page 06


Page 07

Saturday, February 5, 2011

PROMO: ONCE... CINTA ABADI

Xposé karya komik terbaru berjudul 'ONCE... CINTA ABADI' (8 m/s) dengan hasil skrip 100% oleh Igniz berdasarkan ilham lakaran konsep saya (http://fakhrulanour.blogspot.com/2010/11/once.html)


Tuesday, February 1, 2011

KEKASIHKU DIREMBAT ORANG... SAYA MARAH!

Beberapa hari lepas peristiwa yang paling kubimbangkan terjadi, akhirnya terjadi juga. Buah hati, pengarang jantung & penemanku di kala kesunyian kini telah dirembat orang. Tepon bimbit bijakku (smartphone) HTC TOUCH VIVA telah dirembat orang!~

Peristiwa sedih ni berlaku pada petang 29hb. Januari 2011 ketika sedang bermain bola tampar bersama jiran tetangga. Yang membuatkan ku kesal apabila orang lain jatuh handphone diorang, beberapa kali saya tegur, tetapi apabila handphone saya jatuh terus hilang entah ke mana. Jiran-jiran menduga ia mungkin dicuri oleh remaja adik-beradik yang bermain dalam pasukan saya yang mengambilnya, sebab lepas saya bilang handphone saya hilang, diorang berdua terus balik.

Saya tak suka nak menuduh sesiapa, namun saya pulang ke rumah dengan rasa hampa kerana di situlah saya menyimpan kerja² terkini saya. Malah yang lebih menghampakan ialah sesiapa sahaja yang mengambil handphone tu memang tak bertanggung jawab langsung. Jika benarlah remaja yang masih bersekolah tersebut mengambilnya maka jelaslah dia langsung takder ehsan serta kejujuran dalam hidup. Saya tak yakin dia mampu menjadi yang terbaik di masa akan datang. Ini kerana kami satu pasukan bola tampar ketika itu, dan saya cukup bertoleransi dengannya sebagai rakan sepasukan. Mencuri harta saya bila ia jatuh di depan matanya jelas daifnya pemikiran remaja zaman sekarang di bawah asuhan pengasuh masing-masing!

Nasihat saya kepada remaja yang pantang tengok handphone jatuh depan mata tu, atau duit ke, atau apa sahajalah barang bernilai yang bukan hakmilik sendiri... tolonglah jangan diambil sebagai harta sendiri kerana diakhirnya harta anda sendiri kelak akan tergadai. Saya bercakap di sini kerana harta kehidupan saya & arwah bonda dirampas orang kerana ketamakan kuasa mereka. Sekarang saya dalam misi merampas apa yang hak saya biarpun diakhirnya mungkin menggadai nyawa orang tu sendiri (itu kuasa Allah, bukan saya).

Sebagai contoh, pemfitnah hidup saya... mohon saya kepada Allah hanyalah "Lindungilah saya daripada fitnah, jauhkanlah saya daripada fitnah & hapuskanlah mereka yang mendekatiku dengan fitnah."

Kerana fitnahlah ramai yang menganggap saya berbohong kerana yang benar² berbohong ialah orang yang membawa fitnah. Pemfitnah sangat bijak misinya, dia akan mendekati semua orang yang mengenali saya (yang tidak saya kenal secara peribadi... itulah susahnya menjadi orang popular!) & dia akan menjual cerita palsu tentang diri saya. Jadi orang yang kenal saya akan sentiasa dipengaruhi oleh cerita tersebut sehinggalah saya mendekati mereka untuk mengenali saya secara peribadi.

Bila orang yang dibisikkan fitnah ni mulai saya dekati secara peribadi, di saat ini pemfitnah akan mula panas bontot sebab saya sudah mula pandai bergaul dengan orang yang disebarkannya fitnah & kepalsuan tentang diri saya. Sejak itu, pemfitnah takkan pernah senang duduk sehingga ajal menjemputnya... masya-Allah.

Kita semua manusia bukan baik pun, tetapi kalau boleh jangan jaja maruah orang dengan menyebarkan fitnah! Maruah saya harta saya, pemfitnah cuba membayar dengan harta kebendaan... mustahil! Hanya kemaafan di liang kubur mampu memaafkan itu, saya serahkan itu semua kepada Allah. Di sini saya sebagai manusia, buruk baik biarlah saya sendiri, takkan saya memburukkan orang lain kecuali orang itu telah memburukkan saya & cerita hanya akan berada di telinga sahabat baik saya, bukan orang yang tak saya kenali!

Selepas kehilangan handphone kesayangan saya itu, dua hari kita ditimpa hujan tanpa henti & alhamdulillah, hari ni cuaca kembali cerah & ceria, seceria hati saya yang redha, hilangnya harta yang disayangi dalam hidup, insya-Allah, ia akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik.

Bagi saya biarlah hilang harta, jangan hilang cinta di hati saya kerana itu lebih berharga. Namun jika harta baru yang lebih baik saya mampu perolehi, akan cuba saya pelajari daripada kesilapan yang lalu... remaja lelaki zaman sekarang (tak quote semua but yet, to be safe, everyone!) jangan mudah dipercayai, kaki rembat!

HTC TOUCH VIVA... bye bye dear, hope you're in good hand. For you, now I'm on a mission to participate as AW (Askar Wataniah)!

Sunday, January 23, 2011

ANDA, BINTANG & BULAN

"Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
— (Surah al-Hujurat, ayat 6)




Hanya kerana ia Bintang, kekal berkerdip seperti biasa di langit malam tanpa kuasa untuk bersuara, amat mudah untuk Anda menipu orang ramai bahawa Bintang itu mencintai Anda. Anda memang bijak memfitnah Bintang yang sedang berkerdip, kerana ketika itulah Anda tahu ia tidak akan mampu melawan fitnah yang sedang Anda cipta. Maklumlah Bintang di langit, sedangkan Anda di bumi.
Anda cuba mendekati Bintang dengan menjadi orang lain bagi mendapatkan kepercayaannya...
Tatkala ramai bertanya ke mana perginya Bintang itu, setelah ia tidak lagi berkerdip tatkala hilangnya Bulan di langit malam, peluang itu Anda terfikirkan cara bagi menjadikan fitnah Anda seolah satu kenyataan—Anda menunggu Bintang itu jatuh untuk di bawa pulang dan mengumumkan pada semua "Lihat! Sudahku kata, Bintang ini mencintaiku sebab itu dia rela berada di sisiku. Haha!"
Setiap kebaikan Bintang itu akan Anda jadikan sandaran untuk menutup kejahatanmu dengan sentiasa mendampinginya...
Tidak Anda sangka Bintang itu benar-benar jatuh memijak Bumi yang nyata. Biarpun jatuhnya tidak tersungkur (seolah disengajakan), namun Anda yakin Bintang pasti baik hati untuk menerima pelawaan Anda untuk tinggal bersama.
Apabila Anda merampas hak (maruah) orang lain untuk kepentinganmu sendiri... Anda bilang Anda kasihankan Bintang.
Sesungguhnya kalau boleh Bintang tidak suka mengecewakan sesiapa, apatah lagi Anda yang selama ini saban hari merayu kepadanya. Lantas pelawaan itu diterimanya dengan berat hati.

"Saya tidak kisah dibawa pulang untuk tinggal bersama Anda, namun saya tidak suka dengan apa yang telah Anda ceritakan kepada semua." Bintang menegaskan sebelum pelawaan itu diterimanya.

Sepantas dan penuh bersungguh riang Anda membalas "Oh... itu kisah dulu. Minta maaf kerana ketika itu pemikiran saya tidak karuan, saya tersilap dan saya mengaku bersalah. Sekarang saya tidak begitu lagi, malah saya sudah mengakui kita hanyalah bersaudara yang saling melindungi... begitu."

Bintang mengeluh lemah mendengar pengakuan Anda itu, apatah lagi perjalanan dari langit ke bumi untuk pendaratan yang sempurna tanpa tersungkur berat bukanlah sesuatu yang mudah. Bintang tahu, Anda masih ingin fitnah itu kekal di telinga yang telah termakan oleh munafik Anda. Justeru tinggal bersama mungkin salah satu jalan dekat untuk Bintang menyedarkan kemunafikan Anda.

Bintang juga kasihan memikirkan betapa Anda sekian lama sakit tengkuk mendongak ke langit kerana mengaguminya hingga sanggup melakukan fitnah. Apatah lagi ditambah dengan keuzuran Anda itu tanpa siapa yang bisa menjenguk simpati setiap hari. Bintang lantas bersetuju.

Lagipun ke mana lagilah di dunia ini Bintang itu mahu pergi, kerana saat ia jatuh, hanya anda bersungguh datang menghulur bantuan. Bintang redha, mungkin ini perjalanan barunya di dunia ini.

Mungkin dalam kembara baru ini, Bintang mampu mencari jalan meyakinkan Bulan... punca utama kenapa Bintang beria-ia benar ingin turun memijak Bumi.


Setelah beberapa ketika Anda hidup bertemankan Bintang, tidak sangka harapan Anda untuk dicintai Bintang tidak juga tercapai. Pelbagai cara telah Anda ikhtiarkan namun satu usaha pun tidak Bintang peduli. Teman-teman di luar sana sudah percaya Bintang milik Anda, namun di dalam istana kecil ini, Anda tetap bukan sesiapa yang istimewa. Namun segala pemberian Anda, Bintang terima dengan rela hati. Bagaimana bisa begitu?! Anda makin hari makin tidak senang duduk!
Keampunan memfitnah tidak mampu dibayar dengan harta kekayaan jika Tuhan sendiri tidak mampu mengampunkan Anda...
Rupanya selama Bintang di langit tinggi, ia telah jatuh cinta di renungan pertama dengan Bulan, pencinta yang cukup asing dalam senarai kekasih Bintang yang pernah Anda rekodkan selama ini.

Mengikut rekod penilaian Anda, nyata Bulan langsung tidak menepati ciri-ciri pencinta yang Bintang idamkan selama ini. Tetapi jelas kali ini Bintang benar-benar bersungguh mencintai Bulan. Seolah melepaskan Bulan seperti melepaskan Bintang ke liang kuburnya. Anda semakin resah dan kebuntuan untuk bagaimana lagi mahu memikat Bintang!


Ternyata benteng yang Anda dirikan bagi menutup jalan pencinta baru buat Bintang tidak cukup kuat. Jatuhnya Bintang memijak bumi bukan angkara Anda, tetapi ia jatuh kerana cintakan Bulan. Anda kesal, marah, derita dan cuba mencari jalan mengukuhkan lagi benteng agar Bulan tidak bisa telus memiliki Bintang.


Bintang yang selama ini sopan tutur bahasanya, berbudi caranya dan manja lakunya, Anda sangka lemah jiwanya. Anda sangka Bintang mudah dilentur dan mudah dimanipulasi keyakinan hatinya. Sangkaan Anda itu semua ketika Bintang masih di langit, ketika setia menemani Anda dikala memerlukan teman saat tiada yang sudi memahami kekacauan jiwa Anda.

Walhal ketika di langit, Bintang juga mengerdipkan cahayanya buat yang lain. Namun kerana Anda begitu alpa dan taksub percaya pada kemunafikan diri sendiri—Bintang itu milik Anda, tanpa disedari fitnah sedang memakan diri Anda sendiri demi Bintang itu bersinar lagi.
Hakikatnya Bintang mungkin sopan tutur katanya namun tegas pendiriannya. Hasratnya tidak boleh dikubur dan cintanya kepada Bulan tidak boleh dilebur.
Kini bila Bintang sudah sangat dekat dengan Anda, ia terasa lebih jauh berbanding saat ia berkerdip di langit dahulu. Anda sudah cuba mengubah pendirian diri mengikut caranya, namun Bintang kekal menyusuri jalan menuju kepada Bulan.

Anda menunjukkan emosi tanda tidak puashati, namun Bintang tetap tidak mempeduli. Bila Bintang pulang dan memberi salam, Anda sengaja tidak menjawab, sangka Anda biar Bintang mengerti hati Anda sakit.
Namun Bintang lagi mengeji betapa kurang ajarnya Anda sebagai yang lebih dewasa, tetapi biadap tidak menjawab salam!
Namun Bintang tidak kuasa untuk menegur kerana selama ini Anda cukup di-'segani' sebagai seorang yang sentiasa arif dengan peribadi sendiri dan berhidung tinggi. Malah sana-sini Anda lelong cerita bahawa Anda sangat mengenali Bintang, luar dan dalam. Sudahnya kini Anda terpinga, cuba mencari erti keyakinan Anda itu.

Hidup Anda kini bagai ditimpa bala sedangkan Bintang cergas menjejaki jalan bahagianya untuk bersama Bulan. Anda mula kehabisan panduan untuk terus menjerat hati Bintang. Wang ringgit, keselesaan hidup dan janji istana besar langsung tidak mencairkan hati Bintang.
Anda memfitnah Bintang mencintai dirimu hingga jalannya kepada cinta sejati menjadi begitu berliku. Anda cuba menutup jalan Bintang kepada takdir hidupnya yang ditentukan Ilahi melalui pesan naluri di hati hingga dia kembali bersujud tanda syukur... bagaimana fitnah itu nanti?
Bintang masih berperikemanusiaan selagi dilayan dengan sopan tanpa bid'ah, namun Bintang menjadi sebengis binatang liar bila dikasari, tidak kira bahasa mahupun cara. Anda sudah tumpul keyakinan, Anda bimbang akan menurun gila memikirkan Bintang bukan yang difikirkan selama ini!
Jalan terakhir Anda mahu Bintang tidak lagi bercahaya. Jika melenyapkan ia terus dari Bumi ini adalah jalan terbaik, Anda mungkin terpaksa melaksanakannya.
Andai segala fitnah tentang Bintang yang telah Anda sebarkan kepada teman-teman terbongkar, kelak Anda selamanya akan menghabiskan sisa hidup dalam aib yang nyata. Bintang pula bakal kembali ke langit untuk berkerdip buat semua, lebih terang setelah adanya Bulan bersama.

Memikirkan itu, Anda sudah tidak keruan. Bahawa akhirnya Anda akan kembali seperti asalnya menantikan Bintang itu muncul berkerdip menemani Anda, si jiwa yang kacau. Sehingga ajal datang menjemput...

"Malam semalam ku jadi bimbang & marah apabila perasaan itu tiba-tiba tak terasa di hati. Cubaku memupuknya dengan minda namun sukar untuk hati memahami. Hampirku ingin amuk namun selepas bersujud & mohon Dia kembalikan rasa itu, alhamdulillah sekarang rasa itu seperti luka yang sedang menyembuh. Benar ia sungguh membimbangkan... aku bersumpah untuk terus setia pada cinta ini, hikmahnya sungguh mulia."
— Bintang

Suatu hari Bintang bersujud dalam tangisan kerana malam kelmarin hatinya tiba-tiba terpadam rasa cinta kepada Bulan. Saat rasa itu hilang, Bintang sangat takut kerana seolah kejahatan sedang menyelusuri setiap urat darahnya dan sedang menuju ke hati. Mujurlah ketika itu tiada siapa di sisi, jika tidak, pasti ada yang bakal cedera parah mahupun di bunuh oleh amuk Bintang.

Syukur kepada Tuhan, Bintang masih teguh imannya, meyakini hanya Yang Maha Esa mampu mengembalikan kewarasan diri daripada amuk kejahatan. Dalam sujud Subuh, Bintang mengharap rasa itu dikembalikan.

Syukur ke hadrat Ilahi, Bintang menginsafi diri dan berharap kali ini Bulan akan lebih terang bersinar agar kerdipan cahayanya akan turut tajam sinarnya. Apabila cahaya itu telah menyerap serta melengkapi setiap sudut hati Bintang, pasti ia akan menjadi lebih ringan untuk kembali ke langit, bertugas seperti biasa mengerdipkan cahayanya di setiap purnama. Kembali menghiburkan para pencinta alam yang sesekali mendongak ke langit untuk merasa kecintaan dan kesyukuran.
Tidak kiralah mana satu bintang-bintang yang mereka hayati di langit malam, pastinya Bintang akan lebih terserlah kerdipannya tatkala bulan turut sama mengambang.
Saat itu Bintang amat berharap Anda menginsafi diri kerana Bintang punya hati dan perasaan. Kerana Bintang tidak bisa menipu namun bisa memaafkan selagi cinta di hati mampu bertahan sebagai kekuatan nurani di anugerah Ilahi.

Anda mungkin meratapi nasib diri jika Bintang yang ingin digapai tidak mungkin tercapai. Namun bila Bintang itu jatuh bak meteor dan memilih yang lain menerima radiasinya untuk menjadi wira, jangan anda kesali takdir itu kerana ia sudah ketepatan di azali.


Bintang tidak pernah memilih Bulan menyinari dirinya, kerana Bintang sendiri ada kemampuan bersinar sendiri. Namun adakalanya, kemurungan hati akan memudarkan radiasi sinar Bintang. Lalu Bulan dijodohkan untuk menceriakan Bintang agar kerdipannya kembali menceriakan insani.

Sedangkan Bulan yang jarang bertapak di langit, kemunculannya senantiasa di nanti ramai. Bila mengambang penuh, nyata penduduk di bumi akan kembali tersenyum riang, ada yang mengeluh menginsafi keindahannya, ada pula yang berpesta riang menikmati kemesraannya. Di saat itu Bintang hanya di pinggiran menyaksikan Bulan yang dicintai membahagiakan insan-insan di bumi termasuk Anda yang dalam kesunyian...

Bak pungguk rindukan bulan? Tidak mengapa, Bintang sangat memahami kerana rindu itu tanda Anda masih ada rasa yang murni, yakni cinta. Maka selagi ada cinta, selagi itulah kejahatan yang tidak terperi gagal menyelusuri ke lubuk hati hingga jiwa mampu gelap tidak sedarkan diri.
Redhalah pada yang tidak termiliki kerana diakhirnya kita semua akan tetap sendiri.
Namun di saat ini, Anda tertanya pada diri mengapa Bintang yang amat dikasihi tempatnya di angkasa yang kosong tanpa udara bersama Bulan senantiasa, sedangkan di bumi penuh udara dengan kehidupan yang selesa pelbagai cara. Jawapannya...
Anda jenis manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang ada di diri sendiri. Jika boleh hak orang yang paling hebat itulah yang ingin Anda rampas, jika tidak, miliki.
Akhirnya jiwa Anda tenggelam dalam penasaran, menyeksa Bintang yang hampir mati jiwanya untuk meyakini Bulan yang dicinta. Anda pula terlantar koma, terseksa diri menyesali kerana mengekang Bintang daripada bersama cinta sejati. Apabila menyedari Bintang sudah kembali ke alam hakiki, Anda terpanah dek pesanan arwah kepada si anak...
"Tuhan marah nak... Tuhan marah kita mengubah-ubah hak-Nya."
Takdir itu ketetapan-Nya, jangan sesekali kita rampas untuk mengubah apa yang ingin dijadikan oleh-Nya. Jika tidak, bermohonlah kepada-Nya, bukan merampas tanpa redha-Nya.

Jika hari ini Anda mati mungkin masih dihormati, namun terlantarnya jasad Anda di situ kelak, tiada siapa ingin menghayati dan tiada sunyi untuk mengerti adanya hati yang sedang menangis.

Mungkin ada yang ikhlas simpati atas pemergian Anda ini, bahawa selama hidup, Anda tidak gagal sentiasa prihatin demi meraih simpati dan dihormati. Namun itu semua perlakuan sombong Anda bagi meraih undi supaya kelihatan ada jati diri, seolah dikagumi bagai bidadari.

Sayangnya Bintang dan yang lain sudah arif itu semua — selama hidup Anda bak berjalan di khalayak ramai berbaju emas tanpa berseluar...
Beringatlah Anda supaya menginsafi diri sebelum Bintang memohon Yang Maha Esa menghumban Anda ke dalam matahari. Ingatlah janji Tuhan, doa insan yang teraniaya pasti dimakbulkan. Bersiaplah untuk Anda menjadi sebahagian daripada bintang yang paling terang di cakerawala — Raja Segala Bintang. Mungkin anda berbangga menjadi matahari, namun pasti tidak sangka berada di dalamnya, seumur hidup Anda menggelupur kepanasan dalam ledak lavanya.

-Sekian-