Tidak dinafikan produktiviti saya sebagai artis komik Malaysia masih belum ditahap cemerlang, malah saya perakui keupayaan saya untuk kerap menghasilkan karya masih belum teruji ditahap yang memberangsangkan. Sejak melepaskan jawatan sebagai ketua pengarang di Art Square Group (Gempak Starz™) pada Jun 2010 & sehingga kini menjadi artis komik bebas sepenuh masa di bawah naungan penerbitan tersebut, tidak menjanjikan usaha saya berlipat ganda dalam berkarya. Apatah lagi sejak menyambung pengajian dalam jurusan sarjana perniagaan (MBA) di Universiti Islam Antarabangsa.
"Daya tanpa motivasi hanyalah gigih di bayangan semata..."
Program '24 Hour Comics Day' tidak asing dipengetahuan saya kerana semasa masih menjadi ketua pengarang di Gempak Starz™, beberapa rakan artis komik sudah menyertainya. Namun saya tidak pernah berpeluang kerana peruntukan masa yang tidak pernah sesuai untuk turut serta. Lalu baru-baru ini saya tidak mahu lagi beralasan, asa saya perlu ditempa kuat & apabila senior industri, Sarah Joan Mokhtar mengesyorkan saya menyertainya, saya berjanji akan memberi kata putus sehari selepas mengendalikan bengkel melukis komik di sekolah Sri Nobel International.
Seperti yang telah terbukti, saya telah menyertai program ini. Walaupun tidak berjaya menyiapkan 24 mukasurat komik dalam tempoh 24 jam yang diperuntukkan, pengalaman yang saya perolehi banyak mendidik saya untuk mengatur waktu lebih baik dalam menghasilkan karya komik di masa akan datang.
Faktor yang perlu diambil kira dalam memperuntukkan masa ketika melukis komik (24 mukasurat dalam 24 jam) ialah:
Seperti yang telah terbukti, saya telah menyertai program ini. Walaupun tidak berjaya menyiapkan 24 mukasurat komik dalam tempoh 24 jam yang diperuntukkan, pengalaman yang saya perolehi banyak mendidik saya untuk mengatur waktu lebih baik dalam menghasilkan karya komik di masa akan datang.
Faktor yang perlu diambil kira dalam memperuntukkan masa ketika melukis komik (24 mukasurat dalam 24 jam) ialah:
CERITA - perkara paling perlu dalam melukis komik ialah jalan cerita, takder jalan cerita takleh lukis komik. Tidak mengapalah kalau masih belum ada skrip atau jalan cerita yang lengkap, asalkan ada konsep & tema nak bercerita tu pun dah cukup. Saya sudah terfikirkan tema saya sejak semalamnya lagi, iaitu kisah tentang seorang anak yang kembara mencari ibunya (namun konsep cerita sedikit berubah selepas saya hampir selesai melukis & ia sesuatu yang sangat lazim bagi artis yang selalunya tidak ada panduan skrip yang lengkap). Kelemahan saya di peringkat ini ialah saya ada judul (Journey to Mother/Kembara ke Bonda) tetapi tidak ada kerangka jalan cerita yang lengkap, yang mampu mendorong saya untuk terus melukis hingga tamat. Ada disatu peringkat sedang melukis, saya berhenti lama untuk memikirkan apa langkah seterusnya bagi mendapatkan penamat yang sesuai. Ya, di situ saya sudah memakan masa!
PANEL - cara seseorang artis menggaya, menyusun & menetapkan aturcara panel dalam setiap mukasurat memainkan peranan penting bagaimana sesebuah cerita komik dihasilkan. Cara saya ialah menghasilkan dahulu panel di setiap mukasurat sebelum ia dilukis. Walaupun belum faham bagaimana jalan cerita saya nanti (hingga layak menyusun panel pelbagai bentuk di setiap mukasurat), namun ia memang cara-kerja terkini saya untuk penerbitan. Ia menjadikan kerja melukis saya lebih mudah kerana tidak lagi perlu memikirkan soal panel ketika berkarya. Tetapi melukis panel untuk 24 mukasurat ada kelemahannya kepada seseorang pelukis yang cepat bosan, bilamana ia tidak cukup melekakan berbanding melukis. Kegagalan saya di peringkat ini ialah hanya membina panel di 10 mukasurat pertama. Untuk 14 mukasurat yang selanjutnya adalah ketika saya sudah menghampiri waktu-waktu penamat (kira-kira 7-8 jam sebelum detik 12 tengahari).
PENCILING - inilah peringkat yang paling mudah bagi saya. Kerana mungkin di sinilah kecenderungan paling asas saya dalam melukis komik. Melukis dengan pensil adalah saat yang paling bebas bagi seorang pelukis komik kerana di waktu inilah keyakinan melakar berada di tahap paling tinggi. Melakar di setiap panel yang sudah tersedia ni seperti menulis nota ringkas yang lengkap, bila idea semakin mencurah-curah maka makin laju & padat hasilnya. Namun apabila idea kering, masa itulah apa yang hendak dilukis pun jadi buntu. Jadi diperingkat ini, seharusnya konsep cerita sudah lengkap bagi menjadikan proses ini berjalan lebih lancar & pantas.
INKING/COLORING - tiada peringkat lebih rumit dalam melukis komik secara manual kecuali proses meletakkan dakwat/warna kekal. Ia mungkin kerja yang nampak mudah tetapi inilah peringkat yang paling memakan masa. Bagi seseorang artis komik, mungkin inilah peringkat yang dirasakan lebih tenang, seronok & khusyuk. Kerana bila tiba pada jalan kerja yang melibatkan ketelitian, itulah faktor paling sempurna buat pelukis yang mementingkan kesenian dalam setiap kerja komiknya. Kesilapan saya di peringkat ini ialah memulakan titik pertama melukis dakwat dengan garis kemas, jauh menyimpang dari perancangan awal saya untuk menghasilkan inking sempoi tanpa terjerat oleh ketelitian yang asyik. Bila sudah bermula dengan ketelitian maka saya perlu juga berakhir sedemikian, atau hasil karya komik saya akan nampak pincang; seolah saya tidak berkepribadian tetap dalam melukis. Saya tidak mahu begitu! Maka dengan rasminya saya telah mencabar diri untuk menyiapkan komik dengan kualiti separa-maksimas dalam tempoh 24 jam.
STAIL - Ya... faktor stail juga memainkan peranan dalam menentukan masa cepat atau lambatnya seseorang itu melukis. Stail yang lebih bebas (seperti kartun sempoi) akan menjadikan kerja lebih cepat, apatah lagi stail itu adalah stail yang memang dah biasa mahir tanpa perlu banyak melukiskan ketelitian-ketelitian terperinci seperti banyak bermain dengan sudut-sudut halus. Lebih sempoi cara melukis, lagi cepat hasil kerja dapat diselesaikan. Bercakap soal bakat, semua orang ada bakat; semua peserta boleh lukis sempoi. Perancangan awal saya memang nak lukis sempoi seperti yang selalu saya buat bila melukis untuk autograf (terus guna inking tanpa ada penciling). Tetapi saya dah janji pada diri sendiri, nak masuk program ni sebab nak uji sejauh mana saya boleh melukis dengan kualiti produksi dalam tempoh 24 jam. Inilah hasilnya....
Saiz atau bentuk medium yang digunakan untuk melukis komik tidak boleh dijadikan alasan kenapa seseorang pelukis itu tidak dapat menyiapkan 24 mukasurat dalam tempoh 24 jam. Ini kerana rata-rata peserta yang berjaya menghantar hasil kerja mereka terdiri dari pelbagai saiz & medium melukis. Ada diantaranya yang melukis dengan saiz A5, namun masih diantaranya lewat siap, lebih lewat daripada mereka yang menyiapkan karya dalam saiz A4 (berwarna lagi!). Malah ada yang siap dengan saiz 25.5 cm x 22.5 cm (the youngest, Haidar) & ada yang siap dengan komik dalam bentuk kiub (4 kiub x 6 komik di setiap permukaan kiub, a lecturer & a PhD holder... Mr. Firdaus!). Paling penting, ramai berpendapat membuat kerja komik dengan hasil digital akan lebih cepat namun itu adalah tanggapan yang salah. Majoriti yang meyiapkan 24 mukasurat dalam tempoh 24 jam adalah yang bekerja secara manual manakala sebahagian kecil adalah kerja digital (& bukan yang paling awal siap). Seterusnya, faktor usia bukan alasan kerja jadi lambat kerana salah seorang daripada peserta terawal siap adalah seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang kami panggil 'Mama', manakala yang siap tepat pada waktunya (detik 12 tengahari) ialah peserta paling muda berusia 12 tahun, Haidar. Namun yang paling awal & yang pertama siap ialah a loving young couple, Dilla Ismail & Amir Ash.
"Love really conquers the time well... !"
Kesimpulannya, semua peserta boleh siapkan 24 mukasurat komik dalam tempoh 24 jam tidak kira apa pun jenis atau saiz medium yang digunakan (termasuk saiz A3), asalkan setiap peserta bijak memainkan peranan masa kepada semua faktor yang telah disebutkan; cerita, panel, penciling & inking/coloring. Sebarang faktor tambahan lain, ia akan menjadi kelebihan bagi mempercepatkan lagi cara kerja (seperti faktor psikologi & kesihatan).
Kepada yang dapat siapkan komik 24 mukasurat dalam tempoh 24 jam tu, korang memang smartan (another kind of Spartan). Namun kepada yang tidak berjaya, it doesn't mean you're not smart... you're just being a rookie! That's included me... Hehe~